Pengenalan
Unit Kesihatan Awam adalah satu unit yang baru diwujudkan di Hospital Seberang Jaya bagi memenuhi keperluan dan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia yang menitikberatkan pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit, penyakit kronik dan penyakit-penyakit yang berpunca dari keadaan persekitaran yang tidak bersih, sihat dan selamat. Seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32 ditempatkan di Unit Kesihatan Awam, Hospital Seberang Jaya bagi merancang dan melaksanakan skop kerja berkaitan.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan khidmat nasihat teknikal kepada pengurusan hospital dan pihak yang memberi perkhidmatan sokongan di hospital untuk mematuhi keperluan perundangan dan peraturan-peraturan kesihatan awam yang ada dan dikuatkuasakan di Negara ini.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang disediakan :-

Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di semua kawasan hospital untuk mengenalpasti tempat-tempat yang berkemungkinan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk aedes. Ini juga termasuk merangka aktiviti pemantauan oleh pasukan bebas denggi yang diwujudkan di beberapa unit/jabatan.

Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas kebersihan dan persekitaran tempat penyediaan makanan terutama dapur hospital, kantin dan gerai. Selanjutnya menjalankan lawatan susulan bagi memastikan pengusaha dan penyedia makanan mematuhi syor dan kerja-kerja pembersihan yang diarahkan.

Menjalankan siasatan kejadian kemalangan di tempat kerja yang melibatkan anggota dalam organisasi dan membuat syor-syor dan cadangan menambahbaik keadaan yang bermasalah dari segi struktur, penempatan atau ergonomik.

Memantau data dan butiran berkaitan dengan pendaftaran kes-kes penyakit berjangkit serta memastikan pemberitahuan kes penyakit berjangkit dilakukan oleh pengamal perubatan mengikut keperluan undang-undang

Melaksanakan kerja-kerja pensampelan makanan yang disediakan di dapur hospital dan kantin bagi tujuan pemantauan kualiti makanan dan perkhidmatan yang diberikan serta memantau keputusan pensampelan contoh air yang dibekalkan di hospital yang dilakukan oleh pihak pemberi perkhidmatan sokongan.

Memantau dan mengesyorkan tindakan-tindakan sewajarnya dalam membendung amalan merokok di kalangan pelawat dan anggota organisasi serta mewujudkan tanda-tanda amaran dan larangan merokok secukupnya di kawasan hospital.

Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas kawasan-kawasan yang berkemungkinan menjadi tempat yang membahayakan petugas di kawasan hospital yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
Jadual
Jadual perkhidmatan :-
HARI |
MASA |
Isnin Hingga Jumaat
|
8.00 pagi - 5.00 petang
Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis)
Rehat 12.15 petang - 2.45 petang (Jumaat)
|
Sabtu dan Ahad
|
Cuti Rehat
|
Hubungi
KETUA UNIT
|
DR CAI WEIFEN @ CHUAH WEIFEN
|
NO TELEFON
|
04-3827460
|
FAX
|
|
EMAIL
|
caiweifen@moh.gov.my |