Penyeliaan Hospital HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1524
UNIT PENYELIAAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Penyeliaan Hospital merupakan satu unit sokongan yang penting bagi mengurus dan menjaga kepentingan profesyen serta kebajikan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.Unit ini terlibat secara langsung dalam pengagihan dan penempatan anggota paramedik bagi sistem perawatan pesakit secara keseluruhanya.Selain itu, unit ini turut menjalankan pemantauan amalan klinikal dan kod etika.
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan perundingan dan bantuan dalam urusan-urusan harian yang berkaitan dengan Pentadbiran dan Perkhidmatan Kebersihan agar berjalan dengan lancar.
2. Menyelaras perjalanan aktiviti-aktiviti dalam jabatan terutama sekali dalam urusan yang berhubung kait dengan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan agar berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan :-
Mengurus tadbir perjawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Mempertingkatkan perlaksanaan polisi dan dasar perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang telah ditetap serta diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mempertingkatkan pengawalan amalan klinikal dan penguatkuasaan Akta Perubatan yang berkaitan dengan jawatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Mempertingkatkan perlaksanaan amalan dan penguatkuasaan kod etika Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan serta peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib)
Menjalankan latihan Basic Life Supportdan mengelolakan Emergency Response Team (ERT) bagi semua anggota hospital.
Melaporkan pesakit dari golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kepada Jabatan Imigresen.