Keselamatan dan kesihatan pekerjaan hsj
- Artikel HSJ
- Hits: 3872
Pengenalan
Bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh pihak pengurusan Hospital Seberang Jaya selaku majikan. Sebagai sebuah institusi perubatan yang semakin berkembang pesat, sudah seharusnya pihak majikan menjaga hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para anggotanya selari dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Justeru, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala aktiviti berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di hospital.
OBJEKTIF
i. Objektif Umum
- Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya.
ii. Objektif Khusus
- Sebagai landasan untuk mewujudkan kerjasama antara majikan dan pekerja dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sejajar dengan kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
- Sebagai satu mekanisma untuk perhubungan dua hala antara majikan dan pekerja dalam menyebarkan informasi berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Meningkatkan kesedaran pihak majikan dan pekerja dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan :-
- Pemantauan HPIA
- Audit Keselamatan dan Pengenalpastian Hazad (HIRARC)
- Program Imunisasi Hepatitis B Bagi Anggota KKM
- Program Saringan Tuberkulosis Bagi Anggota KKM
- Survelan Kecederaan Alatan Tajam
- Notifikasi dan Penyiasatan Kes Kemalangan / Penyakit / Keracunan Berkaitan Pekerjaan
- Notifikasi Kes Kekerasan Terhadap Anggota KKM
- Pemeriksaan Kesihatan Anggota Berumur 40 Tahun Ke Atas
- Pengurusan Bencana (Pasukan Tindakan Kecemasan)