Kaunseling HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 7815
UNIT PSIKOLOGI HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Perkhidmatan kaunseling secara formal telah bermula dari tahun 1960-an. Dari perspektif psikologi, kaunseling boleh disifatkan sebagai, suatu proses yang melibatkan aktiviti pertolongan mengunakan pengetahuan dan teknik psikologi untuk tujuan menolong individu berubah daripda keadaannya sekarang kepada satu keadaan yang dikehendakinya.
OBJEKTIF
1. Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang profesional dan holistik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi dan kaunseling dalam mencegah, merawat dan memulih kehidupan klien agar lebih sejahtera.
2. Membimbing klien agar lebih bersikap terbuka dari aspek pemikiran dan tindakan agardapat digunakan untuk membangunkan potensi yang sedia ada pada diri klien ke arah kemajuan diri klien tersebut.
3. Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada klien yang memerlukanke arah mencapai kesedaran kendiri yang optimum.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan
Perkhidmatan Unit Psikologi dan Kaunseling adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang masih baru di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Objektif utama penubuhan unit ini adalah untuk membantu pesakit/ klien meningkatkan kesihatan emosi mereka secara berterusan dan konsisten dalam membantu serta melihat potensi individu ke arah memahami diri sendiri dari segi perubahan tingkahlaku, perasaan dan pemikiran. Kaunseling kesihatan dilihat sebagai satu bidang spesialiti yang boleh memainkan peranan "complementary" dalam program-program ke arah "wholistic health". Perkhidmatan sesi kaunseling dan runding cara diberikan kepada para pesakit/ anggota hospital. Rujukan daripada Pegawai Perubatan adalah diperlukan bagi pesakit untuk tujuan mendapatkan temujanji sesi kaunseling manakala bagi anggota hospital pula sama ada ianya dirujuk oleh Ketua Jabatan atau hadir secara sukarela.
Unit ini merangkumi aspek pertumbuhan, aspek pencegahan, intervensi, rawatan dan pemulihan psikososial untuk klien dan warga hospital. Perkhidmatan yang disediakan di unit ini secara umumnya merangkumi senarai seperti di bawah:-
Mengendalikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi kes-kes seperti berikut:
- Cubaan bunuh diri
- Rogol/sexual assault
- Pra dan pos pembedahan
- Kemurungan/kebimbangan
- Ibu tanpa nikah
- Rendah keyakinan diri
- Keganasan rumah tangga
- Penderaan kanak-kanak
- Hiv positif
- Mengendalikan sesi kaunseling individu, keluarga atau kelompok.
- Mengadakan/ menganjurkan CME (Psikologi) dan ceramah serta bengkel.
- Menyimpan semua rekod sesi yang telah dijalankan untuk tujuan tindakan susulan dan statistik.
- Mentadbir ujian-ujian / Inventori Psikologi yang bersesuaian.
- Menjalankan aktiviti kaunseling bagi peserta program metadon.