Nefrologi
- Artikel HSJ
- Hits: 3179
PERKHIDMATAN NEFROLOGI
Pengenalan
Perkhidmatan Nefrologi terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Perunding Nefrologi yang menjalankan tugas sebagai Pakar Perunding Nefrologi dan Ketua Jabatan Perubatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan), Wad 12A (Perawatan Denggi), Wad Penjagaan Rapi Jantung (Coronary Care Unit) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pusat haemodialisis disediakan manakala perkhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Pakar Perubatan.
Menyediakan rawatan hemodialisis untuk pesakit-pesakit ESRF dan rawatan intensif seperti CRRT untuk pesakit-pesakit kritikal di unit rawatan rapi. Di samping itu, perkhidmatan ini juga menyediakan ujian diagnostik seperti U/S Doppler untuk fistula serta pemasangan IJC untuk pesakit renal failure.
