Anestesiologi HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2095
JABATAN ANESTESIOLOGI HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi memberi rawatan pembiusan kepada pesakit yang menjalani pembedahan, samada secara elektif atau kecemasan serta mengendalikan perkhidmatan 24 jam untuk kes-kes tenat di Unit Rawatan Rapi. Jabatan ini juga memberi perkhidmatan resuscitation dan perkhidmatan khusus yang lain seperti acute pain service untuk pesakit selepas pembedahan. Selain itu latihan dan kursus tertentu turut diadakan. Jabatan juga terlibat secara langsung dalam perlaksanaan ICU Bed Watcher di zon utara.
OBJEKTIF
-
Menyediakan perkhidmatan yang cekap, selamat dan berkesan dengan suasana yang selesa kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan elektif atau kecemasan.
-
Memberi perkhidmatan rawatan rapi dan rawatan koronari yang berkualiti kepada pesakit yang tenat serta kes-kes yang melibatkan masalah pernafasan selaras dengan dasar dan polisi hospital dan Kementerian Kesihatan.
-
Mengurangkan penderitaan pesakit dengan mengutamakan keselesaan pesakit.
-
Mencapai tahap kesembuhan yang cepat.
-
Mengurangkan kes-kes yang ditunda bagi menjamin kesejahteraan masyarakat.
-
Memberi tunjuk ajar kepada pegawai agar berjaya dalam bidang anestesia khasnya.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Anestesia
- - Memberi segala bentuk dan teknik pengubatan anestesia kepada pesakit yang menjalani pembedahan di dalam bilik pembedahan.
Rawatan rapi
- - Merawat pesakit yang tenat di Unit Rawatan Rapi dan di wad bagi kes yang dirujuk.
- - Mengendalikan semua kes yang dirujuk samada intra atau inter - hospital dalam perlaksanaan bed watcher.
Memberi rawatan Acute Pain Service
- Mengendalikan program Acute Pain Service bagi pesakit selepas pembedahan, trauma dan kelahiran.
Memberi perkhidmatan Resusitasi
- - Mengendalikan resusitasi di bahagian yang memerlukan khususnya di Jabatan Kecemasan, bilik bersalin dan wad-wad umum
Menjalankan aktiviti kualiti dan CME