PIAGAM PELANGGAN

Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang optimum serta berkualiti.

Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.

Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas dalam suasana penuh kemesraan.

Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan terpelihara semasa menerima rawatan.

Segala maklumat mengenai pesakit dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada undang-undang.

Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.