Unit Keselamatan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1892
UNIT KESELAMATAN
PENGENALAN
Unit Keselamatan bertanggungjawab dalam aspek keselamatan bangunan dan persekitaran hospital. Ianya juga berfungsi untuk memantau syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak hospital.
OBJEKTIF
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Memberi nasihat keselamatan kepada setiap jabatan/unit dengan tujuan membantu mereka memastikan keselamatan fizikal, dokumen dan individu dalam keadaan selamat.
- Memproses permohonan Kad Pengenalan Jabatan bagi staf hospital dan pas kerja (kontraktor) bagi bukan staf hospital.
- Menjalankan pemeriksaan keselamatan dan membuat laporan serta syor-syor yang berkaitan untuk dipatuhi dan dilaksanakan.
- Menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
- Memberi khidmat nasihat, mencadang dan menganjurkan kursus / ceramah / taklimat berkenaan Keselamatan Perlindungan untuk pegawai dan kakitangan jabatan.
- Membuat siasatan awal apabila berlaku insiden berkaitan keselamatan dan membawa ke pengetahuan pegawai atasan yang bertanggungjawab.
- Mengkaji keperluan sistem keselamatan di hospital dan mencadangkan kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan). Seterusnya memaklumkan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia dan Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkaitan cadangan tersebut.
- Memantau kunci keselamatan, pas bertujuan keselamatan, peralatan dan kelengkapan keselamatan hospital.
- Mengurus laporan dan jadual kerja harian bagi Pembantu Keselamatan dan anggota syarikat kawalan keselamatan swasta.
- Memantau sebarang perlanggaran kontrak, memperuntukkan anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi / pos keselamatan yang perlu diawasi diikuti.
- Memastikan peraturan keselamatan dokumen, fizikal dan individu dipatuhi dan dilaksanakan di hospital.