Kejururawatan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2276
UNIT PENYELIAAN KEJURURAWATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Kejururawatan bertanggungjawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori anggota kejururawatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Seberang Jaya. Perkhidmatan Kejururawatan berteraskan Etika Kejururawatan dan ditingkatkan dengan aplikasi Konsep 10S, Program Mentor Mentee dan Pembangunan Modal Insan.
OBJEKTIF
Memberi penekanan ke atas promosi, preventif, kuratif dan pemulihan dari aspek kesihatan:-
1. Memastikan penjagaan perawatan kepada pelanggan dijalankan mengikut Standard yang telah di tetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia..
2. Mempertingkatkan amalan kejururawatan dengan menyediakan pendidikan yang berterusan dalam bidang kejururawatan.
3. Mempertingkatkan imej profesion kejururawatan.
4. Menggalakan dan melaksanakan kajian kejururawatan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan
Orientasi Jururawat, Kolej KKM, IPTA dan IPTS
- Jururawat lantikan baru dan pindah masuk melapor diri di Hospital Seberang Jaya. Mentoring
- Program Mentor Mentee diadakan untuk semua Jururawat lantikan baru. Attachment
- Latihan attachment diberikan kepada peserta Kursus Pos Basik Pengurusan Diabetes di Jabatan Perubatan. Pembantu Pegawai Perubatan (pelatih) yang menjalani Kursus Kecemasan dan Triage juga menjalankan attachment di Dewan Bersalin di Hospital Seberang. Khidmat kaunseling
- Kaunseling diberikan kepada staff yang mengalami masalah.