CRC HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1847
PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC) HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Portfolio utama CRC adalah untuk menggalakkan budaya penyelidikan di kalangan anggota-anggota hospital dan meningkatkan hasil penyelidikan dari Hospital Seberang Jaya. CRC berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan penyelidikan klinikal kepada penyelidik-penyelidik dari institusi awam dan industri. Disokong dengan kecanggihan teknologi, CRC dikenali dengan rekod yang cemerlang dalam menyediakan pembelajaran klinikal dalam masa yang ditetapkan, berdasarkan belanjawan dan piawaian etika yang tertinggi.
OBJEKTIF
1. Memantau pendaftaran dan kelulusan menjalani penyelidikan.
2. Selaras dengan garis panduan Institut Kesihatan Kebangsaan(NIH) di dalam Surat Pekeliling KPK Bil 9/2007, semua penyelidikan di Hospital Seberang Jaya perlu mendapat kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Hospital.
3. Memantau dan menyemak semua penyelidikan yang di daftar di laman web National Medical Research Register (NMRR) sebelum mendapat kelulusan.
4. CRC akan memberi maklumbalas kepada penyelidik selepas pantauan dan semakan sebelum mendapat kelulusan Pengarah Hospital.
5. Memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan serta sokongan kepada para penyelidik dalam menjalankan projek-projek penyelidikan dengan lebih licin, sempurna dan berkualiti.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Menjalankan Penyelidikan Klinikal seperti Investigators Initiated Trial, Industrial Sponsored Research dan Bio-Availability and Bio-Equivalent Study.
Membantu dalam proses pengurusan dan pengendalian penyelidikan untuk staf-staf hospital.
Menyediakan kemudahan untuk para penyelidik
Memantau pendaftaran kajian penyelidik samada mendapat kelulusan Ketua Jabatan dan Pengarah Hospital.
Mengendalikan kursus-kursus berkaitan penyelidikan.
Menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut :-
- Protocol development
- Clinical research planning and coordination
- Clinical data management
- Clinical Trial Unit ward
- Specimen handling room termasuk Deep Freezer, Pharmaceutical Fridge dan Centrifuge
- Drug storage room
- Specimen storage
- Discussion room
- Computer laboratory Room
- Internet connectivity
- Grant Application
- Project Management
- IRB/IEC submission
- Trial Initiation
- Trial Monitoring
- Site Management
- Study report writing
- Help with the submission for publication
Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Seberang Jaya membantu dan memberi latihan kepada para penyelidik, pembantu penyelidik dan staf yang terlibat dalam penyelidikan. Di antara bidang-bidang tersebut adalah seperti berikut:
- Good Clinical Practice
- Evidence Based Medicine (EBM)
- Research methodology
- Biostatistics
- Statistical software seperti SPSS, STATA
- Health System Research
- Systematic Review
- National Medical Research Register Hands-On
- Lain-lain latihan yang berkaitan dengan penyelidikan
CRC akan memainkan peranan dalam menjalankan dan mempromosi penyelidikan:
- Mengenalpasti para penyelidik yang berpotensi dan memberi latihan kepada mereka supaya dapat menjayakan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang diceburi.
- Mengenalpasti bidang atau projek penyelidikan yang perlu diberi keutamaan berdasar corak penyakit semasa bersesuaian dengan keperluan negara.
- Memberi cadangan dan menjalankan metodologi penyelidikan serta memberi "protected time" untuk penyelidik klinikal menjalankan aktiviti penyelidikan.