Pergigian Keperluan Khas
- Artikel HSJ
- Hits: 2325
UNIT KEPAKARAN PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS
Pengenalan
Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Keperluan Khas menawarakan perkhidmatan pergigian kepada orang dewasa dimana kesihatan mulut mereka terjejas diakibatkan oleh kekurangan upaya yang dialami dan masalah perubatan yang kompleks dimana rawatan pergigian yang diberikan memerlukan modifikasi untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pesakit terjamin. Kepakaran ini menyediakan perkhidmatan pergigian kepada pesakit yang berumur 16 tahun dan keatas sehinggalah warga emas termasuk golongan yang terlantar.
Kumpulan sasaran:
- Pesakit yang mempunyai ketidakupayaan intellek dan pertumbuhan (contoh: Sindrom Down, Autisma)
- Pesakit yang mempunyai ketidakupayaan fizikal (contoh: Palsi Serebral, Strok, Kecederaan Otak)
- Pesakit yang mempunyai kompromi perubatan yang kompleks (contoh: Masalah Jantung, Masalah Pendarahan, Kanser, Kompromi system imun, polifarmasi)
- Pesakit yang mempunyai masalah psikatri yang kronik
- Warga emas yang mempunyai masalah cognitif, fizikal, perubatan dan bergantung kepada orang lain untuk mengurus diri mereka (contoh: Strok, Dementia, Parkinson)
Kepakaran Pergigian Keperluan Khas telah mula beroperasi di Hospital Seberang Jaya pada tahun 2014 dan merupakan hospital KKM yang ketiga untuk mewujudkan kepakaran ini. Unit ini juga merupakan pusat rujukan Kepakaran Pergigian Keperluan Khas untuk negeri-negeri di Zon Utara Malaysia.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Rawatan Pergigian Komprehensif termasuk;
2. Perkhidmatan penskaleran/pembersihan dan higin mulut.
3. Rawatan restorasi (tampalan).
4. Rawatan kanal akar.
5. Cabutan gigi.
6. Pembuatan gigi palsu.
7. Rawatan dan nasihat pencegahan.

Jadual
Jadual Perkhidmatan.
HARI |
MASA |
|
PAGI |
PETANG |
|
ISNIN |
RUJUKAN BARU/TEMUJANJI SUSULAN |
RUJUKAN BARU/ TEMUJANJI SUSULAN |
SELASA |
RUJUKAN BARU/TEMUJANJI SUSULAN/ WAD PALLIATIF HBM MINGGU 1, 3, 4/ KLINIK PRA-BIUS AM MINGGU KE-2 |
RUJUKAN BARU/ TEMUJANJI SUSULAN |
RABU |
KLINIK LAWATAN BERKALA KE HPP |
RUJUKAN BARU/ TEMUJANJI SUSULAN |
KHAMIS |
RUJUKAN BARU/TEMUJANJI SUSULAN/ WAD PALLIATIF HPP |
RUJUKAN BARU/ TEMUJANJI SUSULAN |
JUMAAT |
RUJUKAN BARU/TEMUJANJI SUSULAN/ RAWATAN DI DEWAN BEDAH MINGGU KE-4 |
CME/CDE/PERBINCANGAN KES |
Hubungi
KETUA UNIT PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS: |
DR DASERA RAJ VEDHA RAJ PAKAR PERGIGIAN KEPERLUAN KHAS UG56 |
PEGAWAI PERGIGIAN: |
DR CHARIS WONG XIAN JUN PEGAWAI PERGIGIAN UG48 |
DR IZYAN ATIRAH ROSSID PEGAWAI PERGIGIAN UG44 |
|
PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN: |
PN NUR FAZLN BINTI JAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19 |
EN AFERUDIN BIN AHMAD PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U19 |
|
NO TELEFON |
04-3827114/578 |