UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PENGENALAN

Unit Perhubungan Awam bertindak sebagai perantara bagi Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi atas arahan serta persetujuan pengurusan atasan HSJ. Unit ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan pihak media dan bertindak sebagai urus setia aduan samada daripada pelanggan dalaman mahupun luaran.

 

OBJEKTIF

Menjadi penghubung antara orang awam dengan organisasi bagi memastikan pelanggan menerima mesej dan maklumat yang betul.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Antara perkhidmatan yang disediakan di Unit Perhubungan Awam adalah :

1.  Melaksanakan aktiviti perhubungan awam hospital
2.  Bertindak sebagai Urusetia Aduan peringkat hospital
3.  Memantau dan menjawab aduan
4.  Menyediakan laporan berkala 4 kali setahun kepada Urusetia Aduan KKM
5.  Memantau isu berkaitan hospital di media massa (akhbar, elektronik)
6.  Menjadi Penyelaras Perhimpunan Bulanan Hospital