KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH 

Kementerian atau Jabatan: Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

1. Tawaran adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

Bil.

Keterangan aset

Nombor Pendaftaran Kenderaan

Kuantiti

Harga Simpanan (RM)

1.

WINDOW VAN (KIA PREGIO)

WMG 1727

1 buah

800.00

2. Aset boleh dilihat pada 21 November 2024 (Khamis) pada jam 10.00 pagi di Unit Pengangkutan, Hospital Seberang Jaya.

3. Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di alamat seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.

4. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga HSJ / PELUPUSANASET / 2024 / BIL (4) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke daman Peti Sebut harga di alamat:

Pejabat Pengarah
Hospital Seberang Jaya
Jalan Tun Hussein Onn
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
(u.p: Unit Pengurusan Aset)

5. Tarikh tutup sebut harga pada 25 November 2024 (Isnin) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan. Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan sebut harga ini atau untuk menetapkan tarikh dan masa lawatan tapak dengan pihak urusetia, pihak individu / syarikat boleh menghubungi Unit Pengurusan Aset iaitu Pn. Nurul Nadia Binti Abdul Aziz atau Pn. Noorhamama Binti Jamli di talian 04-382 7333 (ext : 1644).

Sekian, terima kasih.

(DR. SHAMENI SUNASUNDRAM)
No. MPM: 31988
Pengarah Hospital
Hospital Seberang Jaya  
Tarikh : 14 November 2024
No. Sebut harga : HSJ / PELUPUSANASET / 2024 / BIL (4)


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN AM

1. Kenderaan akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

2. Semua kenderaan adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).

3. Hospital ini tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan yang telah dijual.

4. Penyebut harga hendaklah dimaklumkan bahawa anggaran kos pembaikan kenderaan adalah berjumlah RM 14,500.00.

5. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian kenderaan seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut, duti import, cukai Kastam dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

6. Penyebut harga hendaklah menandatangani Surat Aku Janji Penerimaan Kenderaan seperti di Lampiran 13 dan 14 serta mematuhi syarat-syarat dalam Surat Aku Janji ini. Sekiranya melanggar mana-mana syarat Aku Janji ini, Hospital Seberang Jaya berhak untuk merampas kenderaan tersebut dan dilupuskan semula secara jualan sisa. Ini bagi meminimumkan risiko dan liabiliti kepada Hospital Seberang Jaya.

7. Penyebut harga yang berjaya bertanggungjawab melaksanakan perkara-perkara berikut:-

 1. Menyerahkan peralatan / pelekat berikut kepada Hospital Seberang Jaya sebelum membawa keluar kenderaan:

 2. Bagi pacuan empat (4) roda: menanggalkan alat komunikasi GIRN, alat takal penarik (winch) dan alat komponen lain yang masih berfungsi;

 3. Menanggalkan pelekat Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang masih berkuat kuasa;

 4. Memadamkan tulisan nama / logo kementerian / jabatan pada badan kenderaan sebelum membawa keluar kenderaan;

 5. Melaksanakan urusan berkaitan sekatan duti import dan cukai Kastam serta menanggung kos-kos yang terlibat bagi urusan tersebut adalah ditanggung oleh Penyebut harga;

 6. Bagi kaedah pelupusan secara jualan sebut harga:

 7. Membaiki kenderaan hingga berada di tahap yang lulus pemeriksaan PUSPAKOM. Melapor kepada Hospital Seberang Jaya dari semasa ke semasa status kenderaan yang melibatkan lokasi penempatan, kerja-kerja pembaikan, pemeriksaan PUSPAKOM atau Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM);

 8. Membawa kenderaan ke PUSPAKOM bagi menjalani pemeriksaan PUSPAKOM hingga kenderaan lulus pemeriksaan tersebut;

 9. Menguruskan penukaran hak milik di JPJ / JLM. Penukaran hak milik hendaklah diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal berbuat demikian, Hospital Seberang Jaya berhak untuk membatalkan pendaftaran kenderaan di JPJ / JLM.

 10. Menanggung segala kos yang terlibat bagi perkara 7 a) hingga 7 e).

 11. Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap kenderaan atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama Pengarah Hospital Seberang Jaya. 

 12. Tawaran tanpa/ kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

 11. Penyebut harga boleh mengemukakan sebarang nilai tawaran hingga 70% daripada harga simpanan. Walau bagaimanapun pemilihan penyebut harga yang berjaya adalah tertakluk kepada nilai tawaran yang tertinggi dan kelulusan Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan.

 12. Penyebut harga yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh kepada Unit Hasil, Hospital Seberang Jaya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran adalah terbatal dan wang deposit tidak akan dikembalikan.

 13. Penyebut harga yang berjaya hendaklah mengambil kenderaan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran dan deposit yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Hospital Seberang Jaya berhak untuk membatalkan tawaran dan merampas kenderaan tersebut untuk dilupuskan secara jualan sisa.


KEW. PA-28

BORANG SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH

Nama Individu/ Syarikat   :

No. Kad Pengenalan/ Pendaftaran Syarikat   :

Alamat:

___________________________________________

___________________________________________

___________________________________________

 

Kepada:

Pejabat Pengarah,
Hospital Seberang Jaya,
Jalan Tun Hussein Onn,
13700 Seberang Jaya,
Pulau Pinang.
(u.p.: Unit Pengurusan Aset)

 

Tuan,

Tawaran Untuk Sebut Harga No. HSJ / PELUPUSANASET / 2024 / BIL (4)

 Merujuk kepada perkara di atas, saya / syarikat berminat menyertai sebut harga tersebut

 Tawaran saya / syarikat adalah seperti berikut:-

 

Bil.

Keterangan Aset

Nombor Pendaftaran Kenderaan

Kuantiti

Harga Tawaran (RM)

Deposit Sebut Harga (RM)

1.

WINDOW VAN (KIA PREGIO)

WMG 1727

1 buah

800.00

 

 

3. Bersama-sama ini disertakan deposit sebut harga (sebanyak 5% daripada harga tawaran aset di atas atau RM5,000 mengikut mana yang terendah) yang bernilai RM____________(Ringgit Malaysia _________________) dalam bentuk Wang Pos/ Draf Bank, No. ____________________ atas nama Pengarah Hospital Seberang Jaya.

 

4. Saya / syarikat memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Sekian, terima kasih.



Tandatangan : ................................

 

Tarikh : ................................

 

Cap Syarikat : ................................



LAMPIRAN A

 

SENARAI ASET UNTUK DIJUAL SECARA JUALAN SEBUT HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

 

MAKLUMAT KENDERAAN

 

JENIS

:

PACUAN EMPAT RODA

MODEL

:

KIA PREGIO

KUANTITI

:

SEBUAH

NO PENDAFTARAN

:

WMG 1727

NO CASIS

:

MNCTB6222DN000714

NO ENJIN

:

J2-376402

TAHUN PEMBELIAN

:

2004

TEMPOH DIGUNAKAN

:

20 TAHUN

HARGA PEMBELIAN ASAL

:

RM 58,892.00

HARGA SIMPANAN

:

RM 800.00

DEPOSIT SEBUTHARGA

:

5% DARIPADA HARGA TAWARAN

LOKASI KENDERAAN

:

HOSPITAL SEBERANG JAYA

JALAN TUN HUSSEIN ONN,

13700 SEBERANG JAYA,

PULAU PINANG.


GAMBAR DEPAN, BELAKANG DAN SISI KENDERAAN – WMG 1727