Tawaran Sebut Harga pelupasan Aset Tak Alih Hospital Seberang Jaya
- Tender & Sebutharga
- Hits: 377
TAWARAN IKLAN SEBUT HARGA HOSPITAL SEBERANG JAYA
|
TAJUK SEBUT HARGA |
TEMPAT DAN MASA DOKUMEN SEBUT HARGA DIPEROLEH |
SYARAT PENYERTAAN |
TARIKH/TEMPAT/ MASA/TAKLIMAT/LAWATAN/TAPAK (Taklimat /Lawatan Tapak adalah WAJIB) |
TARIKH BUKA DAN TUTUP SEBUT HARGA |
|
No. Sebut Harga HSJ/PELUPUSAN(ATA)/2025/BIL(26)(S) Tawaran Sebut Harga pelupasan Aset Tak Alih (ATA) Hospital Seberang Jaya. |
Hospital Seberang Jaya Jalan Tun Hussein Onn 13700 Seberang Jaya |
Seperti di bawah. |
Tarikh: 10.04.2025 – 11.04.2025 Masa: 10.00Pagi – 4.00 Petang Tempat: Stor Pelupusan Aset Hospital Sebarang Jaya NOTA: Kehadiran ke sesi taklimat /lawatan tapak sehingga selesai adalah WAJIB. Borang sebut harga pelupusan akan diedarkan semasa taklimat lawatan tapak. |
Dibuka pada 09.04.2025 (Rabu) Dan Ditutup pada 16.04.2025 (Rabu) Sebelum jam 12.00 tengahari |
Sebut harga adalah dipelawa kepada Individu/Syarikat yang berminat untuk membeli asset seperti berikut:
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA
- Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
- Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
- Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas Aset yang telah dijual.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap Aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama Pengarah Hospital Seberang Jaya.
- Tawaran tanpa/ kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
- Penyebut harga yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh kepada Unit Hasil, Hospital Seberang Jaya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh pemberitahuan keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, tawaran adalah terbatal dan wang deposit tidak akan dikembalikan.
- Penyebut harga yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran dan deposit yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Hospital Seberang Jaya berhak untuk melupuskan aset tersebut.
Tempat Serahan Dokumen Sebut Harga Hanya Di :
PETI SEBUT HARGA
Hospital Seberang Jaya
Jalan Tun Hussein Onn
13700 Seberang Jaya
Hospital Sebrang Jaya tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Fahmi No. Tel (04-3827326) (atau Pn. Nurul Nadia ( 04-3827644) atau Pn. Saidatulnadra No. Tel (04-38271624).
Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://jknpenang.moh.gov.my/hsj
DOKUMEN SEBUT HARGA LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. JABATAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA MELALUI POS LAJU/CURIER.
COP DAN TANDATANGAN URUSETIA
