Unit Patologi Mulut
- Artikel HSJ
- Hits: 3723
UNIT PATOLOGI MULUT DAN PERUBATAN MULUT (OPOM)
Pengenalan
Patologi Mulut dan Perubatan Mulut (OPOM) merupakan salah satu bidang kepakaran pergigian yang terlibat dalam mengenalpasti dan pengurusan penyakit – penyakit yang menjejaskan mulut dan bahagian maksilofasial dan melibatkan siasatan punca penyakit, proses- prosesnya dan kesan penyakit – penyakit tersebut dan seterusnya rawatan berkaitan
Unit Patologi Mulut dan Perubatan Mulut (OPOM) telah memulakan perkhidmatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) semenjak Oktober, 2017 dan merupakan Unit OPOM kedua di Zon Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang) selepas pembukaan Unit OPOM, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
- Patologi Mulut: menyediakan perkhidmatan diagnosis histopatologi bagi specimen oral patologi atau biopsi daripada bahagian oral dan maksilofasial.
- Perubatan Mulut: menyediakan perkhidmatan diagnosis, rawatan dan konsultasi kes perubatan mulut
- Dokumentasi berkaitan penyakit – penyakit mulut dan bahagian maksilofasial contohnya kanser mulut
- Penyelidikan dan latihan sangkutan dalam bidang kepakaran pergigian Patologi Mulut dan Perubatan Mulut (OPOM)

