Respiratori
- Artikel HSJ
- Hits: 3190
PERKHIDMATAN PERUBATAN RESPIRATORI
Pengenalan
Perkhidmatan Perubatan Respiratori terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Perubatan Respiratori.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Perubatan Respiratori bertempat di sebuah kuarter yang telah diubahsuai dijadikan klinik.
Menyediakan perkhidmatan dan perawatan pesakit-pesakit yang melibatkan pesakit-pesakit yang mengidap penyakit-penyakit respiratori seperti Tibi, asma, barah paru-paru dan sebagainya. Pemeriksaan akan dilakukan oleh Pakar Perubatan Respiratori ditempatkan di Hospital Seberang Jaya secara tetap. Pemeriksaan dilakukan di Klinik Perubatan Respiratori. Di samping itu, perkhidmatan ini juga menyediakan perkhidmatan ujian klinikal respiratori seperti Lung Function Test dan Mantoux test. Perkhidmatan bronchoscopy, fleuroscopy dan CT Guided Biopsy dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perubatan Respiratori Hospital Pulau Pinang.
