Rekod Perubatan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 5630
UNIT REKOD PERUBATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Rekod perubatan adalah sumber kepada semua aktiviti perkhidmatan kesihatan samada pengumpulan ataupun penggunaan informasi klinikal. Setiap individu yang mendapat rawatan di hospital akan mempunyai rekod perubatan masing-masing yang disimpan di hospital. Unit Rekod Perubatan mengamalkan sistem rekod perubatan bersepadu semenjak tahun 2000.
Unit Rekod Perubatan sentiasa berusaha memastikan sistem pengurusan rekod perubatan pesakit berada di tahap yang terbaik dan sistematik dengan memberikan perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang. Rekod perubatan ialah dokumen penting di dalam perawatan pesakit yang membantu dalam pemberian rawatan yang tepat dan berterusan, pengumpulan data untuk tujuan perancangan dan pembangunan perkhidmatan, penyelidikan serta untuk pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
- 1. Memastikan rekod-rekod perubatan pesakit disimpan dengan selamat, dapat dikesan apabila perlu dan memelihara kerahsiaan maklumat di dalamnya.
- 2. Memastikan segala urusan yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang diberikan dapat disempurnakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- 3. Mengeluarkan laporan perubatan / bedah siasat dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
- 4. Memastikan Laporan Perubatan / Bedah Siasat hanya akan dikeluarkan dengan keizinan pesakit atau waris bagi kes kanak-kanak atau pesakit yang telah meninggal dunia.
- 5. Memastikan data serta maklumat yang dikumpul adalah tepat dan berkualiti dan dapat membantu pihak pengurusan dalam penyeliaan perancangan dan penilaian perkhidmatan rawatan perubatan.
- 6. Menguruskan pelupusan rekod-rekod perubatan pesakit yang telah tamat tempoh simpanan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Bahagian Statistik
Pelaksanaan SMRP Web-based secara rasmi pada Julai bagi penjanaan statistik perkhidmatan pesakit dalam, rawatan harian, pembedahan dan pendaftaran kelahiran di Dewan Bersalin.
Kursus pendek Siri I - Koding ICD-10 Untuk Diagnosa kepada paramedik termasuk Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan Siswazah dan Kejururawatan yang telah dijalankan pada 22/2/2012. Siri II akan dijalankan pada 31/10/2012.
Bahagian Pengurusan Rekod
Kelulusan penggunaan kuarters sebagai stor sekunder sementara untuk penyimpanan rekod-rekod pesakit dalam dan kad kecemasan biasa yang tidak aktif.
Aktiviti mengemaskini serta pelupusan rekod perubatan yang matang di Setor Sekunder Utama dilaksanakan secara berterusan mengikut kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan setiap hari pada hari bekerja sahaja.
Bahagian Laporan Perubatan
Pelaksanaan sepenuhnya penyediaan laporan perubatan bertaip oleh Jabatan Orthopedik, Jabatan Kecemasan, Jabatan Pergigian dan Jabatan O&G sejak bulan Mac 2012.
Taklimat tatacara penyediaan laporan perubatan SPIKPA peringkat Hospital Seberang Jaya di Bahagian Perkembangan, KKM Putrajaya pada bulan Julai 2012.
Taklimat adalah untuk menjelaskan keberkesanan penyediaan laporan perubatan SPIKPA di peringkat wad dan mampu memendekkan tempoh penyediaan laporan perubatan.