Patologi HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 5478
JABATAN PATOLOGI HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Jabatan Patologi HSJ beroperasi sebagai sebuah Jabatan Sokongan yang memberi perkhidmatan diagnostik kepada pelanggan secara langsung atau tidak langsung. Perkhidmatan makmal yang ditawarkan termasuk dalam kategori “Secondary Extended”.
Jabatan ini disokong oleh kakitangan dari pelbagai peringkat dan memberi perkhidmatan dalam bidang-bidang seperti Haematologi, Transfusi Darah, Patologi Kimia, Histopatologi, Sitologi dan Mikrobiologi.
Selain dari klinik dan wad Hospital Seberang Jaya, Jabatan ini juga memberikan perkhidmatan kepada pelbagai institusi kesihatan yang lain seperti Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas, Hospital Sungai Bakap dan klinik-klinik kesihatan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.
Jabatan ini juga menyediakan medium pembelajaran kepada kakitangan termasuk pegawai perubatan, kumpulan paramedik, pegawai sains, juruteknologi makmal perubatan dan pelajar dari IPTS dan IPTA.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di jabatan ini adalah :
Patologi Anatomi (Histopatologi)
Ujian Yang Dihantar Ke Makmal Rujukan
QR Code Ujian Yang Ditawarkan Di Jabatan Patology
Jadual
WAKTU BEKERJA
Hari |
Masa |
Rehat |
Isnin - Khamis |
8.00 pagi - 5.00 petang |
1.00 petang - 2.00 petang |
Jumaat |
8.00 pagi - 5.00 petang |
12.15 petang - 2.45 petang |
Perkhidmatan 24 jam |
Patologi Kimia |
Hematologi |
|
Microbiologi (Bacteriology) |
|
Transfusi Darah |
PENGHANTARAN SAMPEL
Hari |
Kaunter penerimaan |
Setiap hari |
Kaunter utama |
- - Sampel “Medico-Legal” perlulah dihantar dengan buku rekod secara terus ke makmal Mikrobiologi.
- - Semua ujian bagi Unit Transfusi darah perlulah dihantar ke kaunter Unit Transfusi Darah.
Hubungi
KETUA JABATAN | DR HAIRULHASLIZA BT HARUN |
NO TELEFON | 04-3827160 |
FAX | - |
patologi_hsj@moh.gov.my |