UNIT KEWANGAN

PENGENALAN

Unit Kewangan bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan dan akaun dengan mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, Unit Kewangan juga bertanggungjawab memastikan perbelanjaan dilakukan tidak melebihi peruntukan, memproses pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan dan juga memantau perbelanjaan ke arah amalan berbelanja yang lebih berhemah.

OBJEKTIF

1.  Menentukan pengurusan kewangan berjalan dengan teratur dan berkesan melalui pengawalan penggunaan sumber kewangan sedia ada bagi semua aktiviti di bawah HSJ.
2.  Menentukan keberkesanan ABM yang diterima dalam membuat perancangan kewangan untuk melaksanakan dasar dan program perubatan.
3.  Menyimpan rekod-rekod kewangan dengan selamat, teratur dan kemaskini mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
4.  Menentukan semua urusan pembayaran dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
 
  Seksyen Akaun dan Bayaran
Seksyen ini mengurus waran peruntukan, urusan perakaunan, urusan pinjaman (perumahan, komputer dan kenderaan), waran udara dan urusan pembayaran utiliti, gaji dan potongan gaji, elaun lebih masa,‘On-call’, bayaran elaun jahitan, bayaran balik perubatan, bayaran balik perpindahan dan pertukaran, bayaran elaun perjalanan, bayaran dan urusan bayaran kepada pembekal.
 
  Seksyen Hasil dan Bilik Daftar Masuk (BDM)
Seksyen Hasil menguruskan segala jenis terimaan bayaran di HSJ. Manakala Bilik Daftar Masuk (BDM) menguruskan kemasukan pesakit dalam serta memastikan setiap pesakit diberi layanan sebaik mungkin semasa proses pendaftaran pesakit dalam.