Kawalan Jangkitan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1965
UNIT KAWALAN JANGKITAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Kawalan Jangkitan diselaras oleh seorang Pakar Paediatrik, seorang Penyelia Jururawat U36, Ketua Jururawat U32 (2) dan seorang Jururawat Kawalan Jangkitan U29. Unit ini juga dibantu oleh Infection Control Link Personnel yang bertugas di wad atau unit yang dilantik bagi memantau memantau kepatuhan kepada Policy and Procedures on Infection Control oleh setiap anggota kesihatan di wad/unit masing-masing. Aktiviti pemantauan kawalan jangkitan yang efektif dan sistematik amat penting untuk mencegah dan mengawal jangkitan di hospital yang menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti pesakit.
OBJEKTIF
Mencegah dan mengawal jangkitan di kalangan pesakit, anggota kesihatan, staf swasta dari Healthcare Associated Infections dan kecederaan tertusuk jarum dan peralatan tajam.
Memantau setiap anggota kesihatan dan staf swasta mematuhi “Policies and Procedures on Infection Control” dan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Memberi latihan dan nasihat berkaitan kawalan jangkitan dan mencegah kecederaan peralatan perubatan tajam kepada anggota kesihatan, staf swasta dan pelatih.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan :
Khidmat nasihat berkaitan mencegah dan mengawal jangkitan penyakit dan mencegah kecederaan tertusuk jarum.
Mengambil sampel-sampel untuk ujian steriliti secara berkala, ad-hoc atau bila ada wabak jangkitan seperti sampel udara mengguna Microbiological air sampler dan sampel sampel in-used test (losyen) serta swab berkaitan.
Memberi ceramah, latihan dan orientasi kawalan jangkitan dan mencegah kecederaan tertusuk peralatan perubatan tajam.