Ortopedik hsj
- Artikel HSJ
- Hits: 12923
JABATAN ORTOPEDIK HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Klinik Pakar Ortopedik mula beroperasi di premis sendiri sepenuhnya pada 1/11/10. Bangunan klinik ini terletak di belakang Klinik Pakar 2 (Klinik Pembedahan Am) bersebelahan Klinik Pakar 4 (Klinik Pergigian) dan berhampiran dengan Jabatan Farmasi. Lokasi baru klinik ini memudahkan pesakit kerana kedudukannya terletak berhampiran tempat pakir kereta dan hentian teksi. Hospital Seberang Jaya merupakan satu-satunya hospital kerajaan berpakar yang menawarkan perkhidmatan ortopedik bagi daerah Seberang Perai.
OBJEKTIF
1. Memastikan semua pesakit menerima rawatan yang tepat, cepat dan berkualiti.
2. Memastikan rawatan kecemasan diberikan untuk pesakit yang cedera parah dalam masa yang singkat.
3. Memberi rawatan kepakaran kepada semua pesakit dalam dan pesakit luar yang datang ke Jabatan Ortopedik Hospital Seberang Jaya.
4. Memberi rawatan susulan kepada pesakit - pesakit yang memerlukan melalui temujanji.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan adalah:-
Rawatan pesakit dalam.
Rawatan pesakit luar di Klinik Pakar Ortopedik.
Rawatan Klinik Trauma.
Pembedahan Ortopedik (trauma).
Pembedahan Artroscopi (sport injury) – bermula Julai 2010.
Pembedahan Artroplast.
Pembedahan Spinal.
Pembedahan Ortopedik Paediatrik.
Rawatan kecemasan.
Kaunseling dan khidmat nasihat kepakaran.