Unit Teknologi Maklumat HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2205
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Pengenalan
PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap segala peralatan dan perkakasan ICT, menyelenggara sistem rangkaian dan pengoperasian serta berusaha untuk memaksimumkan penggunaan ICT di kalangan warga kerja Hospital Seberang Jaya.
VISI
Penyedia penyelesaian ICT yang komprehensif bagi menyokong transformasi perkhidmatan penjagaan kesihatan.
MISI
|
|
Membantu pengurusan HSJ merancang strategi yang boleh menyampaikan perkhidmatan kesihatan dengan cekap menggunakan teknologi maklumat terkini; |
| Menyedia prasarana teknologi maklumat yang selamat, tersedia dan diyakini oleh semua anggota HSJ; dan | |
| Menjadi rujukan agensi lain dalam pengurusan tadbir urus ICT dalam perkhidmatan kesihatan. |
OBJEKTIF
| 1. | Mengadakan khidmat bantuan dalam membangun dan mengurus sistem maklumat yang cekap dan berkualiti. |
| 2. | Memastikan pembangunan sistem, kualiti, keselamatan dan kesahihan maklumat mengikut piawaian yang telah ditetapkan. |
| 3. | Memastikan kesediaan (availability) infrastruktur ICT berada pada tahap tinggi. |
| 4. | Memastikan budaya ICT diterapkan ke dalam tadbir urus dan diamalkan oleh warga Hospital Seberang Jaya. |
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
| Menyelaras pelaksanaan program kerajaan elektronik (eG) seperti HRMIS, e-SPKB, e-Perolehan dan sebagainya. | |
|
|
Menyelaras implementasi projek aplikasi Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Telekonsultansi, SMRP, MyCPD dan sebagainya. |
|
|
Menyelaras, mentadbir dan menyelia penyelenggaraan Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) serta sistem-sistem lain yang berkaitan. |
| Mengendali 'backup/recovery' untuk sistem-sistem kritikal jabatan seperti SPPD, SMRP dan sebagainya. | |
|
|
Mengendali meja bantuan (helpdesk), khidmat bantuan teknikal serta operasi penyelenggaraan dan pembaikan peralatan ICT. |
| Mengkaji, merancang dan menganalisis keperluan peralatan ICT dan melaksana perolehan pelaratan dan perisian ICT | |
| Mengurus dan menyelia pengagihan peralatan ICT dan pelupusan peralatan ICT. | |
| Merancang, mengurus dan menyelia perolehan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem dan rangkaian dalaman. | |
| Membangun, mentadbir dan mengemaskini laman web jabatan. | |
| Mengurus pinjaman peralatan ICT untuk mesyuarat, bengkel atau seminar. | |
|
|
Menyedia bahan-bahan taklimat / persembahan powerpoint atau multimedia untuk mesyuarat / taklimat khas / majlis rasmi jabatan. |
| Merancang dan menyedia latihan dalaman berkaitan ICT kepada kakitangan hospital. |
Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
KEWAJIPAN UNIT ICT
| Memberi layanan dan perkhidmatan yang mesra serta responsif kepada kehendak pelanggan. | |
| Memastikan semua perkhidmatan ICT di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia beroperasi dengan baik. | |
| Memastikan semua permohonan e-mail diselesaikan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. | |
| Memastikan semua urusan Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat diselesaikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. | |
| Memastikan tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi sekurang-kurangnya 85 % dalam masa setahun. | |
| Memastikan tahap kesinambungan sistem dalaman terjamin sekurang-kurangnya 90 % dalam masa setahun. |
KEWAJIPAN PELANGGAN
| Bagi membolehkan Unit Teknologi Maklumat melaksanakan piagam pelanggan dengan cepat berkesan menjadi kewajipan pelanggan untuk : | |
| Memberikan maklumat yang lengkap kepada Unit Teknologi Maklumat semasa pendaftaran emel rasmi kerajaan dijalankan. | |
| Melaporkan kerosakan peralatan komputer kepada Unit Teknologi Maklumat dalam masa tidak kurang daripada satu hari bekerja. | |
| Mematuhi semua arahan dan peraturan yang terkandung di dalam buku dasar keselamatan ICT Kementerian Kesihatan Malaysia. | |
