Unit Casemix
- Artikel HSJ
- Hits: 5669
UNIT CASEMIX HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Casemix ditubuhkan pada Oktober 2016 di Hospital Seberang Jaya dengan tujuan meningkatkan ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosis klinikal dan ketepatan penetapan kod ICD-10. Sistem Casemix telah dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bermula November 2010. Sistem ini memperkenalkan satu kaedah pengumpulan data setiap episod rawatan kesihatan berdasarkan maklumat klinikal dan sumber yang telah digunakan. Ia juga menjana maklumat mengenai kualiti penjagaan kesihatan, kecekapan kos dan sebagai alat maklumat pengurusan kesihatan yang lain. Ini seterusnya menjadikan Sistem Casemix sebagai pengukur kepada prestasi hospital, yang bertujuan untuk memberi ganjaran insentif bagi meningkatakan kecekapan di hospital. Ia juga berfungsi sebagai alat maklumat yang membolehkan pembuat dasar memahami sifat dan kerumitan penyampaian penjagaan kesihatan.
VISI
Ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi diagnosa klinikal dan ketepatan penetapan kod ICD-10 amat penting bagi menghasilkan data yang bermakna kepada pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pihak pengurusan hospital. Melalui Sistem Casemix, maklumat yang dijana akan membantu pihak pembuat dasar memberi pembiayaan kepada hospital berdasarkan anggaran kos merawat pesakit. Manakala pengurusan hospital pula boleh membuat perancangan dan pemantauan dari segi keberkesanan perkhidmatan yang diberi.
MISI
Membina klasifikasi episode penjagaan pesakit. Sistem casemix telah berkembang dari sistem klasifikasi semata-mata untuk pesakit hospital menjadi alat untuk analisa dan tanda aras di antara hospital.
Perkhidmatan
- Melaksanakan Sistem Casemix
- Menyelaras kemasukan data – Klinikal & Kewangan
- Menyelaras pengesahkan input data – Klinikal & Kewangan
- Mengenalpasti dan menyelesaikan isu-isu pelaksanaan Sistem Casemix
- Mengkaji maklumat-maklumat terbitan daripada Modul Executive Information System seperti;
- Major Diagnosis Categories (MDC)
- Diagnosis-Related Groups (DRG)
- Severity of Illness (SOI)
- Case Group Weights (CGW)
- Casemix Index (CMI)
- Mengkaji dan membentangkan perbelanjaan jabatan menurut pengiraan Sistem Casemix
- Menjalankan latihan secara berterusan
- Ketepatan dan kesempurnaan dokumentasi klinikal
- Penetapan Kod ICD-10
- Penetapan Kod ICD-9-CM
- Pelaksanaan Clinical Pathway
- Menyelaras aktiviti Audit Klinikal di peringkat hospital
- Menyediakan Laporan Tahunan Sistem Casemix hospital dan lain-lain laporan yang diperlukan
- Melaksanakan Clinical Pathway diperingkat hospital