UNIT KESELAMATAN

PENGENALAN

Unit Keselamatan bertanggungjawab dalam aspek keselamatan bangunan dan persekitaran hospital. Ianya juga berfungsi untuk memantau syarikat keselamatan yang dilantik oleh pihak hospital.

 

OBJEKTIF

Menentukan Pengurusan Keselamatan Perlindungan berjalan dengan cekap mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Ianya merangkumi keselamatan fizikal, dokumen dan individu.
 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Memberi nasihat keselamatan kepada setiap jabatan/unit dengan tujuan membantu mereka memastikan keselamatan fizikal, dokumen dan individu dalam keadaan selamat.
  2. Memproses permohonan Kad Pengenalan Jabatan bagi staf hospital dan pas kerja (kontraktor) bagi bukan staf hospital.
  3. Menjalankan pemeriksaan keselamatan dan membuat laporan serta syor-syor yang berkaitan untuk dipatuhi dan dilaksanakan.
  4. Menjalankan pemeriksaan mengejut dan siasatan bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan dipatuhi dan dilaksanakan.
  5. Memberi khidmat nasihat, mencadang dan menganjurkan kursus / ceramah / taklimat berkenaan Keselamatan Perlindungan untuk pegawai dan kakitangan jabatan.
  6. Membuat siasatan awal apabila berlaku insiden berkaitan keselamatan dan membawa ke pengetahuan pegawai atasan yang bertanggungjawab.
  7. Mengkaji keperluan sistem keselamatan di hospital dan mencadangkan kepada Timbalan Pengarah (Pengurusan). Seterusnya memaklumkan kepada Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia dan Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkaitan cadangan tersebut.
  8. Memantau kunci keselamatan, pas bertujuan keselamatan, peralatan dan kelengkapan keselamatan hospital.
  9. Mengurus laporan dan jadual kerja harian bagi Pembantu Keselamatan dan anggota syarikat kawalan keselamatan swasta.
  10. Memantau sebarang perlanggaran kontrak, memperuntukkan anggota keselamatan yang mencukupi dan menentukan lokasi / pos keselamatan yang perlu diawasi diikuti.
  11. Memastikan peraturan keselamatan dokumen, fizikal dan individu dipatuhi dan dilaksanakan di hospital.