Perawatan Penyakit Berjangkit
- Artikel HSJ
- Hits: 2359
PERKHIDMATAN PERAWATAN PENYAKIT BERJANGKIT
Pengenalan
Perkhidmatan Perawatan Penyakit Berjangkit terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Penyakit Berjangkit.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Pakar Perubatan.
Menyediakan perkhidmatan dan perawatan pesakit-pesakit yang melibatkan pesakit-pesakit yang mengidap penyakit-penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatis, kecederaan needle prick injury dan sebagainya. Pemeriksaan akan dilakukan oleh Pakar Penyakit Berjangkit yang ditempatkan di Hospital Seberang Jaya secara tetap. Pemeriksaan dilakukan di Klinik Pakar Perubatan.
