Unit Hal Ehwal Islam
- Artikel HSJ
- Hits: 1299
UNIT HAL EHWAL ISLAM HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Hal Ehwal Islam mula beroperasi di Hospital Seberang Jaya pada Januari 2013. Ianya berperanan sebagai sebuah unit yang unggul, merancang, mengurus dan menyebarkan Islam ke arah melahirkan ummah yang menghayati dan berakhlak.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan bekerja setiap individu sesuatu Jabatan serta memberi panduan terperinci mengenai tugas setiap hari sesuatu jabatan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Merangka / merancang dan melaksanakan apa-apa aktiviti berkaitan dengan keagamaan (kebesaran Islam) di Hospital Seberang Jaya.
Merangka / merancang dan melaksanakan penerangan atau mengadakan majlis ilmu kepada kakitangan hal yang berkaitan dengan Islam sebagai satu cara hidup serta ibadah ketika sakit.
Memberi khidmat nasihat dan bimbingan / rundingcara kepada kakitangan / keluarga / pesakit atau keluarga pesakit berkaitan dengan masalah nikah cerai / kekeluargaan dan kerjaya.
Menyelia / mengurus dan membantu hal-hal yang berkaitan dengan Pengurusan Jenazah Muslim terutama kepada yang tidak berwaris.
Membuat lawatan ke wad terutama wad-wad yang kritikal.
Mencari dan berkongsi maklumat tentang masalah hukum dan fatwa yang ada kaitan dengan masalah perubatan dan Islam.
Menyelaras dan merancang aktiviti bersama agensi kerajaan dari luar hospital atau NGO.
Mengazan dan Iqamah kepada kanak-kanak yang baru lahir terutama kepada yang tidak berwaris.