Fisioterapi HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 3906
UNIT FISIOTERAPI HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Fisioterapi Hospital Seberang Jaya menyediakan perkhidmatan Fisioterapi untuk kesemua pesakit yang dirujuk untuk rawatan Fisioterapi . Perkhidmatan dibahagikan kepada dua iaitu rawatan kepada pesakit luar serta pesakit dalam wad. Pelanggan memilih mendapatkan rawatan di Unit ini memandangkan lokasinya yang strategik (bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan), kemudahan pengangkutan awam, tempat letak kenderaan yang mencukupi di samping pasarana yang memuaskan.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan Fisioterapi kepada kesemua pesakit wad yang dirujuk dalam masa satu hari bekerja serta temujanji kurang dari lima hari bekerja untuk pesakit luar baru. Kes kecemasan dirawat dengan kadar segera. Perkhidmatan kami adalah termasuk penilaian kondisi pesakit, pemulihan, perawatan dan pendidikan pesakit yang berkualiti dan efektif.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Perkhidmatan Fisioterapi dijalankan mengikut waktu pejabat.
Perkhidmatan Klinik pesakit luar dan di wad untuk pesakit dalam
- - Elektroterapi
- - Senaman Rehabilitasi
- - Rawatan Paru-paru (“Chest Physiotherapist”)
- - Pendidikan Pesakit
- - “Cryoterapy”
- - “Whirlpool”
- - “Manual therapy”
Perkhidmatan Fisioterapi atas panggilan untuk Unit Rawatan Rapi dan ”Special Care Nursery” pada hari Sabtu dan Ahad.
Program khas Fisioterapi untuk orang kurang upaya dan golongan tertentu.
Pendidikan Kesihatan untuk pesakit diabetik , darah tinggi serta rehabilitasi pesakit jantung.
Latihan kepada Paramedik dan Latihan klinikal untuk pelatih Fisioterapi dari Kolej KKM , UiTM , UKM serta ACMS mengikut smester yang ditetapkan.
Pada 1/12/2010 perkhidmatan Rawatan Manual Lymphatic Drainage untuk kes pesakit Lympodema telah dijalankan. Sebanyak 6 orang pesakit telah mula menjalani rawatan ini.
Bermula 1/8/2010 penyertaan Fisioterapi dalam Program Rehabilitasi Strok bersama Jabatan Perubatan yang merangkumi 8 minggu .