Sejarah Hospital Seberang Jaya
- Artikel HSJ
- Hits: 3585
SEJARAH HOSPITAL SEBERANG JAYA
Hospital Seberang Jaya merupakan sebuah hospital yang dibina berdasarkan konsep Hospital Nukleus. Memulakan operasi pada 01 April 1995 dan dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 21 April 1995.
Hospital Seberang Jaya merupakan hospital rujukan berpakar yang memberikan perkhidmatan latihan serta pembelajaran. Sehingga kini HSJ telah mempunyai kepakaran dalam bidang Perubatan Traumatologi, Perubatan Umum, Pembedahan Umum, Perbidanan Dan Sakit Puan, Ortopedik, Anestesiologi, Nefrologi, Pediatrik, Patologi dan Pengimejan Diagnostik. Khidmat kepakaran tersebut diperkukuhkan lagi oleh unit sokongan lain seperti Jabatan Pengurusan, Jabatan Farmasi, Jabatan Rehabilitasi, Jabatan Sajian dan Dietetik, Unit Kualiti, Unit Forensik, Unit Kerja Sosial Perubatan, Unit Pendidikan Kesihatan, Unit Rekod Perubatan, Penyelia Perubatan dan Penyelia Kejururawatan.
Untuk penambahbaikan demi memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, projek Multi-Storey telah diluluskan melalui peruntukan RMK10 kepada hospital dengan penambahan daripada 393 ke 709 buah katil. Diharap dengan pembinaan projek baru ini, kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan demi keselesaan semua pihak sama ada pelanggan dalaman dan juga pelanggan luaran.