Unit Sumber Manusia HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 4219
UNIT SUMBER MANUSIA
PENGENALAN
Unit Sumber Manusia melaksanakan aktiviti yang melibatkan urusan Perkhidmatan, Perjawatan, Tatatertib, Latihan & Kompetensi dan HRMIS (Human Resource Management Informatian System). Unit ini bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Pengurusan Sumber Manusia jabatan agar lebih komprehensif dan bersepadu kepada semua anggota.
Unit ini juga bertanggungjawab dalam mengaplikasikan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa selari dengan usaha dan matlamat untuk menjadi pemimpin dalam mengurus sumber manusia bagi mencapai wawasan kerajaan.
OBJEKTIF
Menentukan Pengurusan Sumber Manusia berjalan dengan cekap dan teratur dari segi perkhidmatan dan semua rekod kakitangan diselenggara dengan sempurna mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Pengurusan perkhidmatan
- Pengurusan tatatertib
- Pengurusan Latihan dan kompetensi
- Pengurusan HRMIS