Unit Kejuruteraan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2091
UNIT KEJURUTERAAN
PENGENALAN
Unit Kejuruteraan merupakan satu unit baru, yang telah diaktifkan semula setelah lama dimansuhkan apabila perkhidmatan fasiliti telah diswastakan kepada syarikat konsesi iaitu Faber Mediserve Sdn Bhd. Di awal usaha ini, segala kerja-kerja pemantauan terhadap syarikat konsesi tersebut juga telah diswastakan dan seorang Jurutera dilantik secara kontrak untuk tujuan pemantauan ini. Badan yang membuat Pemantauan tersebut dikenali sebagai SIHAT. Kini, fungsi pemantauan dikembalikan semula kepada Jurutera lantikan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Fungsi utama unit kejuruteraan adalah menjalankan ‘Joint Inspection’ bersama kakitangan Hospital, mengeluarkan ‘Non Conformance Record - NCR’ kepada syarikat konsesi, menasihati Pengarah Hospital dalam hal-hal teknikal.
OBJEKTIF
Memberi nasihat teknikal kepada Pengarah Hospital dalam hal-hal kejuruteraan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Mengadakan 'Joint Inspection' bersama kakitangan Hospital
- Mengeluarkan 'Non Conformance Record - NCR' kepada syarikat konsesi.
- Memberi khidmat nasihat kepada Pengarah Hospital dalam hal-hal teknikal di samping menyokong kumpulan perubatan dan pengurusan dari aspek kejuruteraan.
- Bertanggungjawab untuk menyediakan spesifikasi teknikal untuk projek-projek pembangunan