Perutusan Pengarah Hospital Seberang Jaya
- Artikel HSJ
- Hits: 7282
Perutusan Pengarah Hospital Seberang Jaya
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI HOSPITAL SEBERANG JAYA (HSJ)
Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran anda ke platform digital kami ini. Laman web ini dibangunkan bagi memberikan maklumat terkini, perkhidmatan yang ditawarkan, serta sebagai saluran komunikasi yang mesra pengguna untuk semua pelanggan kami sama ada anda pesakit, ahli keluarga, penjaga atau orang awam yang ingin mendapatkan maklumat tentang hospital ini.
Di HSJ, kami sentiasa komited untuk menyediakan perkhidmatan Kesihatan yang berkualiti, selamat dan mesra pelanggan. Kami percaya bahawa setiap individu berhak menerima rawatan yang professional dan berperikemanusiaan, dan oleh itu kami sentiasa berusaha menambah baik kemudahan, teknologi serta Kemahiran kakitangan kami dari semasa ke semasa.
Saya berharap laman web ini dapat menjadi sumber maklumat yang berguna kepada anda, di samping memperkukuh hubungan antara hospital dan Masyarakat. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau Cadangan, sila menghubungi kami melaui saluran yang disediakan.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada HSJ. Kami sentiasa bersedia untuk berkhidmat dengan sepenuh hati.
Sekian, terima kasih.
Dr. S. Shameni a/p S. Sunasundram
Pengarah Hospital Seberang Jaya

