Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Kerajaan – Aset Tak Alih (ATA) Hospital Seberang Jaya
- Tender & Sebutharga
- Hits: 500
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET KERAJAAN – ASET TAK ALIH (ATA) HOSPITAL SEBERANG JAYA
No. Sebut Harga : HSJ/PELUPUSAN PATA/2023/BIL(1)(S)
- Berdaftar dengan MOF, Kod Bidang 221902 (membeli barang lusuh dan perlu permit PDRM).
- Tawaran adalah dipelawa dari syarikat yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:
| Bil. | Keterangan Aset | Kuantiti |
| i. |
Lokasi: Perkarangan kurters blok 3 |
1 |
| ii. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
1 |
| iii. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
7 |
| iv. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
3 |
| v. |
Lokasi: Koridor Blok Plant Room |
2 |
| vi. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
2 |
| vii. |
Lokasi: Koridor Blok Plant Room |
8 |
| viii. |
Lokasi: Koridor Blok Plant Room |
1 |
| ix. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
2 |
| x. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
1 |
| xi. |
Lokasi: Koridor Blok Plant Room |
1 |
| xii. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
5 |
| xiii. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
10 |
| xiv. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
3 |
| xv. |
Lokasi: Stor Pelupusan (3R) |
1 |
| xvi. |
Lokasi: Koridor Blok Plant Room |
1 |
- Aset boleh dilihat mulai 8 September 2023 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Hospital Seberang Jaya.
- Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Komponen Aset Tak Alih Kerajaan – Aset Tak Alih (ATA) [No. Sebut Harga: HSJ/PELUPUSAN PATA/2023/BIL(1)(S)] yang boleh diperolehi di alamat seperti di para 5. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
- Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri serta ditanda No. Sebut Harga HSJ/PELUPUSAN PATA/2023/BIL(1)(S) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam peti sebutharga di alamat:-
JABATAN PENGURUSAN
HOSPITAL SEBERANG JAYA
JALAN TUN HUSSEIN ONN
13700 SEBERANG JAYA
PULAU PINANG
- Tarikh tutup sebut harga pada 19 September 2023 (Khamis) jam 12.00 tengahari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Sebarang pertanyaan boleh hubungi En. Zabidi Bin Muhamad (04-3827407)/ En. Mohd Hasrul Fahmi Bin Roslan (04-3827326)
SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA
- Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
- Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk kiriman wang / draf bank atau cek no sahaja atas nama PENGARAH HOSPITAL SEBERANG JAYA.
- Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
- Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
- Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.
- Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal berbuat demikian, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.
- Pembeli perlu membawa Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (asal) yang mempunyai kod bidang: 221902 (membeli barang lusuh dan perlu permit PDRM) serta satu salinan kedua-dua sijil pendaftaran tersebut.
