Kenyataan Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
- Tender & Sebutharga
- Hits: 1057
KEW.PA-27
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH
|
NO. SEBUT HARGA TARIKH IKLAN TARIKH TUTUP |
: : : |
HSJ/PELUPUSANASET/2023/BIL(2) 03 OGOS 2023 10 OGOS 2023 |
- Tawaran adalah dipelawa dari syarikat yang berminat dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM) untuk membeli aset seperti di Lampiran A.
- Aset boleh dilihat pada 03 Ogos 2023 (Khamis) hingga 10 Ogos 2023 (Khamis) di antara jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di Stor Pelupusan Aset, Hospital Seberang Jaya. Kehadiran syarikat ke lawatan tapak adalah WAJIB dan lawatan selepas tarikh/masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.
- Tawaran sebut harga boleh dibuat dengan menggunakan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-28) yang boleh diperoleh di Urusetia Sebut Harga seperti di para 4. Tawaran hendaklah sah bagi tempoh 90 hari.
- Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah menggunakan sampul surat berlakri dan di tanda No. Sebut harga HSJ/ PELUPUSANASET/2023/BIL(2) di sebelah kiri atas sampul tersebut dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga di alamat:-
Unit Pembangunan & Aset
Jabatan Pengurusan
Hospital Seberang Jaya
Jalan Tun Hussein Onn
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
- Tarikh tutup sebut harga pada 10 Ogos 2023 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Sebut harga yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.
- Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan sebut harga ini atau untuk menetapkan tarikh dan masa lawatan tapak dengan pihak urusetia, pihak syarikat boleh menghubungi:
Unit Pembangunan & Aset :
Pn. Nurul Nadia Binti Abdul Aziz
Tel : 04-382 7333 (ext : 644)
Pn. Siti Shafinaz Binti Ishak
Tel : 04-382 7333 (ext : 193)
DR. HAJI SAIFUL AZLAN BIN HAJI SHARIF
No. MPM: 35365
Pengarah Hospital
Hospital Seberang Jaya
Pulau Pinang
Tarikh : 03 Ogos 2023
LAMPIRAN A
| Bil. | Keterangan aset | Kuantiti |
Nilai Semasa (RM) |
| 1. | Spot Vital Sign (NIBP) | 1 | 0.00 |
| 2. | ECG (EKG) Machine | 1 | 0.00 |
| 3. | Lights, Surgical | 4 | 0.00 |
| 4. | Infant Warmer (Radiant) | 1 | 0.00 |
| 5. | Ultrasound Scanner | 2 | 0.00 |
| 6. | Aspirators | 1 | 0.00 |
| 7. | Physiologic Monitors | 2 | 0.00 |
| 8. | Hematology Analyzers | 1 | 0.00 |
| 9. | Televisyen | 5 | 0.00 |
| 10. | Mesin Perakam Waktu | 1 | 0.00 |
| 11. | Mesin Fotostat | 1 | 0.00 |
| 12. | Audio-Visual, Projector, Overhead & Equipment | 2 | 0.00 |
| 13. | Katil Hospital | 2 | 0.00 |
| 14. | Baby Bassinette Cot | 1 | 0.00 |
| 15. | Peti Sejuk Domestik | 3 | 0.00 |
| 16. | Drivers. Syringe | 1 | 0.00 |
| 17. | Weighing Scales | 4 | 0.00 |
| 18. | X-Ray Viewer | 1 | 0.00 |
| 19. | Kerusi Roda | 1 | 0.00 |
| 20. | Oven | 1 | 0.00 |
| 21. | Alat Penghawa Dingin | 27 | 0.00 |
SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA
- Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
- Penyebut harga perlu mengisi dan melengkapkan Borang Sebut Harga Pelupusan Aset Alih (KEW.PA-28) seperti di Lampiran B.
- Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebut harga hendaklah dalam bentuk Wang Pos atau Draf Bank sahaja atas nama Pengarah Hospital Seberang Jaya.
- Tawaran tanpa/ kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.
- Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
- Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
- Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
- Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.
- Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh 7 hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.
LAMPIRAN B
KEW. PA-28
BORANG SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET ALIH
Nama Syarikat :
Pendaftaran Syarikat :
Alamat:
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
Kepada:
Pengarah Hospital
Hospital Seberang Jaya
Jalan Tun Hussein Onn
13700 Seberang Jaya
Pulau Pinang
Tuan,
Tawaran Untuk Sebut Harga No. HSJ/PELUPUSANASET/2023/BIL(2)
Merujuk kepada perkara di atas, syarikat berminat menyertai sebut harga tersebut.
- Tawaran syarikat adalah seperti berikut:-
| Bil | Keterangan Aset | Kuantiti |
Harga Tawaran (RM) |
Deposit Sebut Harga |
3. Bersama-sama ini disertakan deposit sebut harga (sebanyak 5% daripada harga tawaran aset di atas atau RM5,000 mengikut mana yang terendah) yang bernilai RM____________(Ringgit Malaysia _________________) dalam bentuk Wang Pos/ Draf Bank, No. ____________________ atas nama Pengarah Hospital Seberang Jaya.
4. Syarikat memahami dan bersetuju dengan semua syarat-syarat yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Tandatangan : ................................
Tarikh : ................................
Cap Syarikat : ................................
