Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan Di Hospital Seberang Jaya

NO. SEBUTHARGA: HSJ/JUALANSISA/2021 BIL (1)

Tawaran ini adalah dipelawa kepada pengusaha yang berdaftar dengan Surahanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM), Lesen Premis Perniagaan (MBSP).

 

Penyediaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Syarat dan Peraturan Sebut Harga.

  1. Sebut harga akan diiklankan mulai 31 Mac 2021 (Rabu) sehingga 7 April 2021 (Rabu). Bagi pengusaha yang berminat sila hubungi Unit Aset di talian 04-3827333 untuk maklumat lanjut.
  2. Pengusaha yang berminat DIWAJIBKAN menyertai taklimat dan Lawatan Tapak serta penyerahan dokumen Sebut Harga pada ketetapan seperti berikut:

    Tarikh: 6 April 2021 (Selasa)
    Masa: 10:00 pagi
    Tempat: Stor Pelupusan Aset, Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang

  3. Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Aset, Hospital Seberang Jaya, sebelum atau pada 7 April 2021 (Rabu) jam 12:00 tengahari.


Dr. Hj. Saiful Azlan Bin Hj. Sharif
Pengarah Hospital
Hospital Seberang Jaya
Tarikh : 30 Mac 2021

 

SYARAT DAN PERATURAN SEBUTHARGA

  1. Aset akan dijua! tertakluk kepada harga simpanan.
  2. Penyebutharga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebutharga sebanyak 5% daripada harga tawaran bagi setiap aset atau RM5,000 mengikut mana yang terendah. Deposit sebutharga hendaklah dalam bentuk kiriman wang / wang pos / draf bank atau Cashier's order sahaja atas nama PENGARAH HOSPITAL SEBERANG JAYA.
  3. Tawaran tanpa/kurang deposit sebutharga tidak akan dipertimbangkan.
  4. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is basis).
  5. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  6. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  7. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebutharga tidak akan dikembalikan.
  8. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambit aset dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan.

 

LAMPIRAN A

Bil Keterangan Aset Kuantiti Harga Simpanan (RM)
1 Alat Pemadam Api 166 0.00 
2 Katil Pesakit 29 0.00 
3 Phototherapy Units 3 0.00 
4 Baby Bassinette Coat 4 0.00 
5 Mikroskop 5 0.00 
6 Kerusi kumpulan sokongan 5 0.00 
7 Kerusi pegawai 2 0.00 
8 Meja makan 1 0.00
9 Kabinet serbaguna 1 0.00
10 Incubator 1 0.00
11 Monitor, vital sign 1 0.00
12 Meja kumpulan sokongan 1 0.00
13 Physiologic Monitoring System 1 0.00
14 Warming units 1 0.00
  Jumlah 211 0.00