UNIT PEMBANGUNAN

PENGENALAN

Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam melaksanakan dan mengurus aktiviti di bawah Peruntukan Projek Waran Mengurus dan memantau aktiviti di bawah Projek Waran BP01050, BP00110, BP00300, BP00500, BP00600 dan Waran-waran Khas yang diturunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit Pembangunan juga bertanggungjawab melaksana dan memantau aktiviti di bawah Projek RMK-10, permohonan projek-projek baru di bawah RMK-12. Selain itu, unit ini bertanggungjawab menyelaras justifikasi dan spesifikasi yang dikendalikan oleh pihak Hospital Support Service (Edgenta Medi-Serve) dan Jurutera Operasi Hospital terhadap kerja-kerja RW (Reimburseble Work).

 

OBJEKTIF

  • 1.  Mengurus menyediakan permohonan belanjawan projek Pembangunan Hospital Seberang Jaya
  • 2.  Menyelaras perlaksanaan projek-projek pembangunan mengikut spesifikasi yang telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
  • 3.  Membantu dan menyelaras projek-projek pembangunan bersama Hospital Support Service (HSS) Edgenta Medi-Serve

 

KESIMPULAN

Unit Pembangunan Hospital Seberang Jaya secara keseluruhan berhasrat dapat menyiapkan projek yang dalam perancangan dapat disiapkan mengikut jadual dan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berkesan bagi memenuhi hasrat masyarakat amnya dan kerajaan khasnya di kawasan Seberang Perai