Hemodialisis HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1690
UNIT HEMODIALISIS HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Pada 23hb November 2009 unit ini telah berpindah dari Klinik Kesihatan Butterworth ke Hospital Seberang Jaya. Faedah dari perpindahan ini ianya dapat mengurangkan banyak masalah dari segi logistik,dan lain-lain. Pada masa sekarang unit ini mampu menampung seramai 31 pelanggan pada satu masa.
OBJEKTIF
1. Memberi perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah ginjal di peringkat ESRD( End Stage Renal Disease), pesakit akut hemodialisis dari wad dan unit swasta serta kes tumpang.
2. Membantu mengurangkan beban kerja Unit Hemodialisis, Hospital Pulau Pinang dengan menerima pesakit-pesakit CAPD yang bermasalah untuk menjalani rawatan hemodialisis sementara menunggu peritoneum sembuh.
3. Membantu Unit Hemodialisis Pulau Pinang untuk kes-kes pemindahan buah ginjal dengan pengambilan darah.
4. Menjalankan tugas panggilan untuk kes-kes akut di Unit ICU/CCU.
5. Memberikan latihan hemodialisis kepada pesakit ESRD.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Memberi perkhidmatan rawatan hemodialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah ginjal di peringkat ESRD( End Stage Renal Disease), pesakit akut hemodialisis dari wad dan unit swasta serta kes tumpang.
Membantu mengurangkan beban kerja Unit Hemodialisis, Hospital Pulau Pinang dengan menerima pesakit-pesakit CAPD yang bermasalah untuk menjalani rawatan hemodialisis sementara menunggu peritoneum sembuh.
Membantu Unit Hemodialisis Pulau Pinang untuk kes-kes pemindahan buah ginjal dengan pengambilan darah.
Menjalankan tugas panggilan untuk kes-kes akut di Unit ICU/CCU.
Memberikan latihan hemodialisis kepada pesakit ESRD.
