Laporan Tahunan Hospital Seberang Jaya 2023

Cover Laporan Tahunan Hospital Seberang Jaya 2023x

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kita berjaya menerbitkan Buku Laporan Tahunan Hospital Seberang Jaya bagi tahun 2023. Buku ini merangkumi pencapaian penting, cabaran yang dihadapi, serta inisiatif yang diambil sepanjang tahun ini untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik terus diberikan kepada masyarakat. Sebagai Ketua Sidang Redaksi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan ini. Kerjasama dan dedikasi setiap ahli jawatankuasa sangatlah dihargai. Buku laporan ini bukan sahaja merekodkan pencapaian, tetapi juga bertindak sebagai panduan untuk terus maju dalam usaha meningkatkan perkhidmatan dan kualiti penjagaan kesihatan di hospital ini. Diharapkan ia menjadi sumber inspirasi untuk kita semua dalam memastikan Hospital Seberang Jaya terus cemerlang pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

Dr. Farah Adila Binti Ibrahim
Timbalan Pengarah Hospital (Perubatan) 3

Laporan Tahunan Hospital Seberang Jaya 2023 boleh dirujuk di Perpustakaan Hospital Seberang Jaya dan boleh dimuat turun melalui pautan ini