HARI KESELAMATAN MAKANAN SEDUNIA

Hari Keselamatan Makanan Sedunia telah ditetapkan pada 7 Jun setiap tahun bermula pada tahun 2019.

Hari ini kita mengingati semula sejarah Hari Keselamatan Makanan Sedunia buat pertama kalinya disambut pada 7 Jun 2019 di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan 7 Jun setiap tahun sebagai Hari Keselamatan Makanan Sedunia (World Food Safety Day, WFSD)

Hari Keselamatan Makanan Sedunia atau World Food Safety Day (WFSD) disambut setiap tahun pada 7 Jun dengan objektif meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan makanan. Tema sambutan tahun 2025 ialah “Food Safety: Science in Action” yang menekankan peranan penting sains dalam memastikan keselamatan makanan dari ladang hingga ke meja pengguna.