BAHAGIAN KEJURUTERAAN

Unit Kejuruteraan Negeri (Operasi Hospital) merupakan satu unit yang telah dipertanggungjawabkan untuk memantau pelaksanaan projek Penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi bagi setiap hospital di negeri Pulau Pinang mengikut kehendak dalam Kontrak Perjanjian Konsesi yang telah termeterai pada 1 April 2015. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat konsesi di dalam projek ini adalah:

a) Facilities Management Services (FMS)

b) Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS)

c) Biomedical Engineering Maintenance Service (BEMS)

d) Linen and Laundry Services (LLS)

e) Cleansing Services (CLS)

f) Clinical Waste Management Services (CWMS)

Dalam Perjanjian Konsesi yang baru ini turut diperkenalkan Sustainability Program di mana aktiviti seperti Energy Management (EM), Indoor Air Quality (IAQ) dan Reduce, Reuse, Recycle (3R) dijalankan di setiap hospital.

 

FUNGSI UNIT

a) Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (PSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS), kejuruteraan biomedikal (BEMS) dan pengurusan fasiliti (FMS) serta Sustainability Program agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

b) Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam Perjanjian Konsesi dipenuhi.

c) Memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.

d) Memberi nasihat teknikal dari semasa ke semasa kepada hospital