Ho Yoke Wan

FUNGSI

  1. Melaksanakan skim pensijilan di bawah program jaminan keselamatan makanan di peringkat negeri.
  2. Melaksanakan audit ke atas syarikat berkaitan pensijilan bagi jaminan keselamatan makanan.
  3. Memberi pengiktirafan kepada pengusaha makanan yang bersih selamat dan sihat.
  4. Melaksanakan aktiviti pencegahan keracunan makanan dan pencegahan penyakit bawaan makanan yang lain di sepanjang rantaian perkhidmatan makanan.
  5. Merancang dan memantau aktiviti berkaitan latihan pengendali makanan.
  6. Merancang, dan memantau dan menilai aktiviti pemeriksaan sendiri (KENDIRI).
  7. Merancang dan memantau tahap kebersihan dan keselamatan industri perkhidmatan makanan seperti katering, pasar malam, pasar tani dan lain-lain.
  8. Memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada industri makanan mengenai program jaminan keselamatan makanan.
  9. Mengadakan kerjasama dengan pihak berkepentingan berkaitan kawalan ke atas industri makanan.
  10. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan isu domestik kepada pegawai di lapangan.