SKOP AKREDITASI MS ISO/IEC 17025:2017
Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) Pulau Pinang antara makmal terulung yang mendapatkan pensijilan dari ISO/ IEC Guide 25. Setelah beberapa evolusi, akreditasi ini dikenali sebagai ISO/ IEC 17025:2017. MKKM Pulau Pinang begitu komited untuk mengekalkan Akreditasi untuk memberi jaminan kepada pelanggan dengan menyatakan bahawa makmal merupakan makmal bertauliah yang kompeten dan diiktiraf untuk menjalankan analisis. Di samping itu, semua Pegawai Teknologi Makanan di makmal merupakan juruanalisis makanan berdaftar seperti keperluan Akta Juruanalisis Makanan 2011 di bawah Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.
Sebarang butiran mengenai matriks makanan (bahan / produk) yang diuji oleh makmal, sila rujuk laman web https://www.jsm.gov.my/accreditation/accredited-organisation/laboratories-samm dengan memasukkan no. SAMM 337
Untuk capaian mudah sijil akreditasi, boleh scan kod QR seperti di bawah :
