PENGIKTIRAFAN DAN PENYENARAIAN

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

 

BeSS

PENGENALAN

Pengiktirafan “Bersih dan Selamat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Ianya adalah satu program penambahbaikan terhadap program pemantauan sedia ada yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Secara umumnya, terdapat empat (4) kriteria utama yang perlu dipatuhi oleh pengusaha premis makanan sebelum mendapat pengiktirafan iaitu:

  • Pengusaha premis makanan yang mengekalkan premis yang bersih;
  • Pengusaha premis makanan yang menyediakan makanan yang selamat;

 OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan bagi membantu pengusaha premis makanan memenuhi keperluan bagi pengiktirafan BeSS

SKOP

Garis panduan ini boleh digunakan oleh pengusaha premis makanan di Malaysia bagi mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan bagi mendapatkan pengiktirafan BeSS

PROSES PERMOHONAN

Pengusaha premis makanan perlu membuat permohonan BeSS secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my

 

SEKOLAH LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

INFORMASI

Tahap kebersihan premis makanan yang tidak memuaskan serta meningkatnya laporan kejadian keracunan makanan telah mendorong KKM untuk meningkatkan lagi latihan kepada pengendali makanan. Ini juga disokong dengan Malaysia menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel 1998 pada bulan September 1998, di mana imej negara di mata dunia perlu dijaga.

Berdasarkan faktor dan beban kerja yang ditanggung, latihan pengendali makanan telah diswastakan dan dikendalikan secara lebih sistematik oleh tenaga pengajar yang diiktiraf. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan Program Latihan Pengendali Makanan (LPM) pada tahun 1996 dengan mengiktiraf institusi swasta bagi menjalankan kursus asas dalam aspek kebersihan dan pengendalian makanan. Objektif Program ini ialah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 telah diwartakan pada 28 Februari 2009 dengan mewajibkan semua pengendali makanan menjalani Kursus LPM di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM. KKM bertanggungjawab sepenuhnya dalam aktiviti akreditasi dan pemantauan bagi SLPM dan tenaga pengajar.

Menerusi program ini modul latihan yang seragam untuk semua pengusaha dan pengendali makanan telah diwujudkan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh SLPM yang diiktiraf oleh KKM di seluruh negara. Semua tenaga pengajar perlu menghadiri dan lulus penilaian Kursus Wajib Tenaga Pengajar sebelum layak mendapat pengiktirafan KKM sebagai tenaga pengajar.

 

 

PENYENARAIAN PENGUSAHA MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (Home-based Food)

Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Home-based Food) ini diperkenalkan bagi menggalakkan pengusaha home-based food mengamalkan amalan kebersihan dan penyediaan makanan yang selamat seterusnya mematuhi keperluan perundangan semasa. Melalui penyenaraian ini, pengusaha home-based food mampu meningkatkan hasil jualan melalui penggunaan logo pada label produk yang dihasilkan, sekaligus meningkatkkan keyakinan pengguna.

Permohonan penyenaraian boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan dan dokumen permohonan sokongan seperti slip pendaftaran premis (FoSIM), pelalian vaksin anti-tifoid, sijil Latihan Pengendali Makaan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf, label makanan serta dokumen sokongan yang lain seperti dinyatakan dalam garis panduan di laman web BKKM https://hq.moh.gov.my/fsq/. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat ini.