Hamiza Othman

 FUNGSI

  1. Merancang dan melaksana kawalan eksport di peringkat negeri.
  2. Melaksanakan sistem kawalan di sepanjang rantaian pengeluaran makanan mengikut garis panduan dan prosedur yang ditentukan berdasarkan keperluan negara pengimport.
  3. Menjalankan audit pematuhan dan pengawasan bagi verifikasi premis pengeksport.
  4. Mengeluarkan sijil eksport.
  5. Menjalankan verifikasi ke atas kawalan rasmi eksport makanan yang dijalankan dan memastikan tindakan pembetulan diambil ke atas ketidakpatuhan.
  6. Menyelia dan menyemak laporan verifikasi sumber bahan mentah, sumber air dan ais, pengangkutan dan premis pemprosesan.
  7. Memproses kelulusan sumber ais dan kenderaan kegunaan premis pengeksport.
  8. Mengadakan kerjasama dengan pihak berkepentingan berkaitan pematuhan eksport makanan.
  9. Memantau dan memastikan kilang ais, kilang air minuman berbungkus/ semulajadi serta mesin jual air berlesen dengan KKM dan mematuhi Akta Makanan 1983 serta peraturan-peraturan di bawahnya.
  10. Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan isu pengimportan makanan kepada pegawai di lapangan.