PENSIJILAN BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN
MESTI
Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan.
GMP
PENGENALAN
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem GMP di premis makanan.
SKOP
Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian Standard 1514:2009 Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
OBJEKTIF
Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk member pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua kriteria skim pensijilan GMP.
FAEDAH
- Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, dan lain-lain.
- Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO. HACCP dan HALAL.
- Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.
- Memudahkan industri mendapat pengiktirafan dalam berurusan dengan agensi kewangan dalam urusan insentif atau bantuan kewangan.
- Logo GMP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
- Memastikan industri makanan mematuhi piawaian di peringkat domestik dan luar negara.
SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum:
- Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website https://fosim.moh.gov.my
- Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau kelulusan dari agensi kerajaan yang lain; kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
- Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kecuali bagi premis yang diselenggara oleh Kerajaan.
- Sistem GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan.
- Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
Syarat Khusus:
Sistem GMP perlu dibangunkan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).
Manual GMP perlu mengandungi dokumen minima seperti berikut :
- Profail syarikat
- Polisi Pengurusan Keselamatan Makanan
- Objektif Keselamatan Makanan
- Carta Organisasi
- Carta ahli GMP dan latarbelakang ahli GMP
- Pelan lokasi
- Penjelasan bagi setiap elemen GMP termasuk SOP, dokumen sokongan dan sebagainya Manual tersebut perlu ditandatangani oleh pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa Eksekutif.
KOS PENSIJILAN GMP
KOS | INDUSTRI BESAR | SME | MIKRO |
BAYARAN PERMOHONAN BARU | RM 4,700 | RM 3,500 | RM 2,300 |
BAYARAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN | RM 3,500 | RM 2,600 | RM 1,800 |
BAYARAN PERMOHONAN SURVEILAN** | RM 1,600 | RM 1,600 | RM 1,600 |
*Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”.
Semua pembayaran perlu dilakukan dalam sistem FoSIM (https://fosim.moh.gov.my)
Definisi:
Industri Besar : Mempunyai 150 orang pekerja sepenuh masa dan ke atas dengan jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
Industri Kecil Sederhana (SME) : Mempunyai <150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan < RM25 juta
Mikro Enterprise : Mempunyai < 5 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan kurang daripada RM250,000
PROSES PERMOHONAN
Premis perlu membuat permohonan GMP secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my
TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku pensijilan GMP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala ke atas premis terbabit.
PEMBAHARUAN PENSIJILAN GMP
Permohonan pembaharuan pensijilan GMP perlu dilakukan secara atas talian melalui laman web http://fosim.moh.gov.my (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil. Kos permohonan pembaharuan pensijilan GMP adalah seperti jadual di atas.
GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN GMP
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) merupakan peraturan, kod dan garis panduan yang mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. Garis panduan ini memberikan panduan mengenai prosedur permohonan pensijilan GMP daripada KKM.
Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah kepada premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen-elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian Standard MS1514 Good Manufacturing Practice (GMP). Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan, pemantauan dan pembaharuan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM.
Tujuan skim pensijilan ini adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan yang melaksanakan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu dalam meluaskan pasaran produk mereka ke peringkat antarabangsa dan juga bagi mematuhi perundangan dan standard semasa.
HACCP
PENGENALAN
Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna. Bermula pada 19 April 2001, Skim Pensijilan HACCP telah dilancarkan secara rasmi dan objektif Skim ini adalah untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem HACCP bagi produk makanan mereka.
SKOP
Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen HACCP dan Pre-requisite Program (PRP) yang terkandung di dalam Malaysian Standard 1480:2007, Malaysian Standard MS 1514:2009 dan Malaysian Standard MS 1480:2019 (bermula 1 September 2021). Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
OBJEKTIF
- Untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.
- Untuk memenuhi kehendak Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.
- Untuk menyediakan satu sistem keselamatan makanan di negara ini, memandangkan Sistem HACCP ini akan menjadi satu keperluan pengeksportan makanan seluruh dunia.
FAEDAH
- Mendapat keutamaan dalam permohonan Sijil Kesihatan bagi tujuan eksport dengan memendekkan tempoh pengeluaran sijil kepada tiga (3) hari berbanding 19 hari bagi industri yang tidak mendapat pengiktirafan HACCP KKM.
- Logo HACCP KKM boleh digunakan pada produk yang telah mendapat pengiktirafan.
- Salah satu keperluan dalam mendapatkan No.EU bagi tujuan pengeksportan ke EU.
- Dipermudahkan dalam mendapatkan sijil eksport seperti Sijil Penjualan Bebas, Sijil GMO, Heat Process Meat Certificate dan lain-lain.
- Menguatkan dan sokongan kepada sistem jaminan kualiti yang lain seperti ISO dan HALAL.
- Dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam pasaran makanan global.
SYARAT PERMOHONAN
SYARAT UMUM:
- Premis perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui website https://fosim.moh.gov.my
- Premis perlu berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan
- Premis perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Sistem HACCP dan PRP/GMP perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum permohonan.
- Premis makanan perlu mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan di Malaysia.
SYARAT KHUSUS:
- Sistem HACCP perlu dibangunkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1480:(Latest Revision).
- Sistem PRP / GMP perlu dilaksanakan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).
- Manual HACCP perlu didokumenkan dan mengandungi dokumen minima seperti berikut :
- Manual tersebut perlu ditandatangani oleh Profil Syarikat
- Carta organisasi
- Dasar pengurusan keselamatan makanan
- Susun atur premis
- Pasukan & Tanggungjawab HACCP
- Skop Pelan HACCP
- Objektif Keselamatan Makanan
- Penerangan Produk & Pengguna yang disasarkan
- Carta aliran prose
- Lembaran Kerja Analisis Bahaya
- Ringkasan Pelan HACCP
- Aktiviti & Jadual Pengesahan Keseluruhan
- Ringkasan Program Pra-syarat pengurusan tertinggi yang mempunyai kuasa Eksekutif.
KOS PENSIJILAN HACCP DAN KOS PERJALANAN JURUAUDIT
Terdapat dua (2) kos yang akan dikenakan kepada premis bagi pensijilan HACCP KKM iaitu kos pensijilan HACCP dan kos perjalanan Juruaudit.
Jadual 1: Kos Pensijilan HACCP
PERKARA |
IB (RM) |
IKS (RM) |
Permohonan Baru* |
5,400.00 |
4,000.00 |
Pembaharuan |
4,000.00 |
3,000.00 |
Pensijilan untuk penambahan produk dari syarikat yang diiktiraf (berasingan)* |
2,750.00 |
2,550.00 |
Surveilan |
1,800.00 |
1,800.00 |
DEFINISI:
Industri Besar (IB): Mempunyai >150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
- Industri Kecil dan Sederhana (IKS): Mempunyai kurang dari 150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan adalah kurang dari RM25 juta
- Sebutharga kos pensijilan HACCP akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima melaui sistem online.
- Bayaran bagi pensijilan HACCP tidak boleh dikembalikan semula dalam apa-apa keadaan.
Jadual 2: Kos Perjalanan Juruaudit
PERKARA |
BAYARAN BAGI PREMIS DI SEMENANJUNG&NBSP;MALAYSIA (RM) |
BAYARAN BAGI PREMIS DI SABAH & SARAWAK (RM) |
Kos Perjalanan Juruaudit |
3420.00 |
4040.00 |
- Kos perjalanan Juruaudit adalah meliputi segala kos yang terlibat semasa menjalankan audit termasuk tiket kapal terbang, penginapan, elaun dan sebagainya.
- Kos perjalanan Juruaudit hanya melibatkan Permohonan Baru HACCP dan Permohonan Tambah Produk (Bukan Varian) HACCP sahaja.
- Sebutharga kos perjalanan Juruaudit akan dikeluarkan kepada premis setelah permohonan lengkap diterima melalui sistem online.
- Sebutharga tersebut disediakan mengikut kelayakan Juruaudit dengan merujuk kepada Pekeliling Bil 3/2003 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
- Bayaran kos tersebut adalah dalam bentuk sumbangan ke dalam akaun amanah yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Akaun Amanah Penilaian, Pengiktirafan Akreditasi dan Pemeriksaan Amalan perkilangan baik [Kod Akaun Amanah 886341(Kod Kecil 4005)].
- Kos perjalanan Juruaudit akan dibayar menggunakan sumbangan di dalam Akaun Amanah yang diterima dari premis.
- Bayaran tersebut perlu dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh sebutharga dikeluarkan kepada premis.
KOS CETAKAN SEMULA SIJIL
Bagi tujuan cetakan semula sijil, pihak syarikat dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM100.00 (seratus ringgit sahaja) untuk setiap sijil yang terlibat menggunakan bank draft atas nama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini dinyatakan melalui memo dari Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan no. rujukan (60) dlm KKM 400-9/1/3. Jld. 6. di mana semua gantian atau cetakan semula sijil dikenakan caj bayaran.
Pihak syarikat dikehendaki memulangkan sijil asal bagi tujuan cetakan semula sijil yang baru.
PROSES PERMOHONAN
Premis perlu membuat permohonan HACCP secara atas talian melalui laman website https://fosim.moh.gov.my
TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku pensijilan HACCP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pengawasan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekurang-kurangnya satu kali (1) sepanjang tempoh pensijilan premis.
PEMBAHARUAN SIJIL HACCP
Permohonan pembaharuan pensijilan HACCP perlu dilakukan (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil.
PERMOHONAN TAMBAH PRODUK BAGI PREMIS PEMEGANG PENSIJILAN HACCP KKM
Premis pemegang sijil HACCP KKM perlu membuat permohonan tambah produk HACCP jika ingin menambah produk baru ke dalam sijil HACCP melalui laman website https://fosim.moh.gov.my
PERMOHONAN PENSIJILAN GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) KKM BAGI PREMIS PEMEGANG SIJIL HACCP KKM
Sijil GMP akan diberikan secara fast-track tanpa perlu menjalankan audit dan tiada bayaran akan dikenakan ke atas premis.
Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada prestasi semasa sistem HACCP dan GMP yang dilaksanakan oleh premis dan juga berdasarkan kepada laporan audit pengawasan yang dijalankan dari semasa ke semasa.