328151407 710407004202690 348319939098792363 n

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗟𝗜𝗞 𝗣𝗥𝗘𝗠𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚❗

Adakah anda mempunyai premis makanan tapi masih belum berdaftar dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) ?

Premis Makanan bukan hanya kilang makanan atau restoran/kedai makan sahaja, malah gerai tepi jalan mahupun pengusaha makanan di rumah (home-based food) pun dikira sebagai premis makanan.

Premis makanan adalah premis yang terlibat dengan pemprosesan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, penghantaran, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.

Semua premis makanan WAJIB berdaftar dengan KKM dan kegagalan pemilik premis untuk membuat pendaftaran boleh dikenakan kompaun dibawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (Akta Makanan 1983).

Jadi jangan berlengah lagi, jom daftar premis makanan anda segera di laman sesawang https://fosim.moh.gov.my

Pendaftaran adalah PERCUMA!

Jika ada sebarang masalah untuk mengaktifkan akaun FoSIM anda, sila imbas KOD QR dalam poster dibawah. Pegawai Teknologi Makanan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang akan sedia membantu anda.

#PremisMakanan #PendaftaranPremisMakanan #FoSIM #KilangMakanan #Katering #KedaiMakan #GeraiMakan #KioskMakan #Restoran #Kafetaria #KantinSekolah #KantinKilang #KantinHospital #DapurAsrama #DapurHospital #DapurHotel #HomeBasedFood #FoodTruck #GudangMakanan #BasikalMakanan