| |
Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang berperanan melaksanakan program pendidikan kesihatan di seluruh negeri Pulau Pinang:
- Perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian Program Promosi Kesihatan.
- Pengurusan kempen-kempen seperti Kempen Cara Hidup Sihat, sambutan hari-hari khas kesihatan dan program-program khas.
- Penerbitan, pinjaman dan pengedaran bahan pendidikan dan promosi kesihatan.
- Pengurusan Program Promosi Kesihatan melalui media massa.
- Pembentukan program latihan dalam bidang pendidikan dan promosi kesihatan.
- Penyelidikan dalam bidang promosi kesihatan.
- Khidmat runding cara dalam bidang promosi kesihatan
OBJEKTIF
Untuk mempromosikan kesihatan kepada masyarakat dengan:
- Menyebarkan maklumat yang tepat, wajar, sesuai, inovatif, saksama dan tepat pada waktu
- Memperkasakan individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka.
- Meningkatkan kerjasama antara sektor termasuk agensi kerajaan, NGOs dan swasta.
PRODUK-PRODUK
Sebagai bertujuan untuk membangunkan pendidikan kesihatan di negeri ini, cawangan ini telah bertanggungjawab terhadap produk-produk berikut :
- COMBI
- Kelab Doktor Muda
- Tunas Doktor Muda
- IFitEr
|
|