|
Bagi memastikan masalah serius berkaitan penyakit tidak berjangkit ini dapat ditangani dengan berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengujudkan satu cawangan khas - Bahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan satu Unit Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang serupa diujudkan di Jabatan Kesihatan Negeri. Fungsi utama bahagian dan unit ini ialah bagi merangka polisi, strategi polisi, strategi serta memantau pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit dapat diuruskan secara optima di setiap peringkat.
Oleh itu, adalah diharapkan agar implementasi Perkhidmatan Intervensi Faktor Risiko NCD dapat mengekang dan mengurangkan prevalen faktor risiko NCD dan seterusnya dapat menurunkan beban penyakit NCD.
MISI
Untuk menyediakan promosi kesihatan yang mencukupi dan berkesan, mengesan awal faktor risiko serta menyediakan program intervensi faktor risiko penyakit, menyediakan rawatan awal dan optima serta menyediakan rehabilitasi penyakit tidak berjangkit di semua peringkat fasiliti kesihatan
OBJEKTIF
- Membentuk strategi, pelan tindakan dan keperluan sumber bagi pelaksanaan program-program pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit bagi mengurangkan morbiditi dan mortaliti Penyakit Tidak Berjangkit supaya tidak lagi menjadi suatu masalah kesihatan umum.
- Menaikkan taraf kesihatan penduduk melalui pencegahan dan kawalan Penyakit-penyakit Tidak Berjangkit yang berkesan.
- Meningkatkan kualiti kerja anggota kesihatan dan prasarana pemberian perkhidmatan kesihatan di semua kemudahan kesihatan kerajaan.
- Mengujudkan sistem pemantauan yang berkesan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pelan tindakan program-program di semua peringkat kemudahan kesihatan dan supaya maklumat yang diperolehi berupaya digunakan untuk membentuk pelan tindakan negeri yang lebih efektif dan efisyien di masa akan dating.
- Memastikan aktiviti penambahbaikan program-program dilaksanakan di semua peringkat bagi meningkatkan kualiti program
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kardiovaskular
- Kawalan dan Pencegahan Diabetes
- Kawalan Tembakau
- Daftar Kanser (Cancer Registry)
- Pencegahan Keganasan dan Kecederaan
- Program Kesihatan Mental
- Program Rawatan Terapi Gantian Dengan Metadon
|