Rancangan Kawalan Penyakit-Penyakit Bawaan Vektor Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab bagi mengurangkan morbiditi dan mortality penyakit-penyakit bawaan vector yang merangkumi penyakit Malaria, Demam Denggi, Filariasis, Japanese Encephalitis, Tifus, Hawar dan Demam Kuning.

Walaubagaimanapun, penekanan yang lebih telah diberikan kepada penyakit demam denggi/denggi berdarah (DD/DDB) dan penyakit malaria memandangkan penyakit-penyakit ini merupakan masalah utama kesihatan awam di negeri Pulau Pinang. Di samping itu, langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi penyakit-penyakit lain juga masih dijalankan.

OBJEKTIF UMUM

  • Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit-penyakit bawaan vektor di Negeri Pulau Pinang.
  • Mencegah kejadian penyakit-penyakit bawaan vektor di kawasan di mana tiada berwabak pada masa kini.
  • Memastikan tiada kes hawar dan demam kuning.

OBJEKTIF KHUSUS

      1.DENGGI

  • Mengurangkan insiden penyakit filariasis kepada paras kurang 5% kadar mikrofilaria di kawasan berfilaria sub-periodik dan kawasan berfilaria campuran.
  • Membawa penyakit filariasis di kawasan yang berfilariasis periodik

      2.FILARIASIS

  • Menghalang kemunculan semula penyakit malaria dari kes-kes tempatan secara
  • Mengurangkan mordibiti dan mortality penyakit malaria supaya tidak menjadi masalah di negeri ini.

      3.MALARIA

  • Memberi pendidikan kesihatan kepada masyarakat dalam usaha pencegahan dan kawalan penyakit DD/DDB.
  • Melibatkan masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit DD/DDB.
  • Mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes di luar dan di dalam rumah supaya tidak melebihi indeks Aedes 1% dan Indeks Breteau 5.
  • Mengawal penyakit DD/DDB untuk mengurangkan kesjadian kes yang dilapor tidak melebihi 40 kes per 100,000 penduduk dan tiada kematian.

      4. JAPANESE ENCEPHALITIS

  • Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit Japanese Encephalitis bagi golongan berisiko

      5. TIFUS

  • Pengawalan penyakit tifus dan penentuan kawasan
  • Mengurangkan morbiditi dan mortaliti penyakit tifus.

      6. DEMAM KUNING

  • Pengawasan rapi nyamuk Aedes di lapangan terbang/pelabuhan.
  • Memeriksa kemasukan pelawat-pelawat dari negara-negara berendemik demam kuning.

      7. HAWAR

  • Mencegah kedatangan semula atau diimport penyakit hawar dari negara jiran.

 

STRATEGI

       1. KAWALAN PENYAKIT DENGGI

  • Mengawas kejadian kes dan kematian dari penyakit DD/DDB.Mengurangkan kes-kes DD/DDB dan mengambil langkah-langkah kawalan.
  • Mengurangkan tempat-tempat pembiakan vektor.
  • Mengawas dan mengurangkan kepadatan vektor tertentu di lokaliti-lokaliti yang sering terdapat kes dan pernah berlaku wabak.
  • Semburan kabus apabila berlaku kes DD/DDB berdarah.
  • Meningkatkan pendidikan kesihatan kepada masyarakat.
  • Menjalinkan kerjjasama dengan masyarakat dan agensi-agensi lain dalam aktiviti kawalan penyakit DD/DDB.
  • Menguatkuasakan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP 1975)

      2.  KAWALAN PENYAKIT MALARIA

  • Pengawasan epidermiologo melalui aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) di kawasan-kawasan berisiko dan di penempatan pendatang dan buruh asing.
  • Pengesanan kes secara pasif (PCD) di Klinik-Klinik Kesihatan dan Hospital.
  • Kawalan vektor dijalankan melalui mikrostratifikasi kawasan, semburan kimia dan kaedah antilarva.
  • Pengawasan entomologi dijalankan melalui kajian taburan vektor, kepadatan vektor dan tabiat pembiakan.
  • Menyiasat kes-kes malaria yang dilaporkan dan menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan.
  • Menjalankan langkah-langkah kawalan melalui penjagaan parit-parit malaria, semburan residual, pemberian ubat radikal, pengedaran kelambu berubat.
  • Meningkatkan tahap kecekapan makmal untuk mendiagnosa slaid-slaid malaria.

      3. KAWALAN PENYAKIT FILARIASIS

  • Pengawasan epidemiologi melalui kajian darah di kawasan yang berisiko tinggi terutamanya dikalangan pendatang asing.
  • Pengawasan entomologi bagi memastikan ekologi, entomologi dan kepadatan vektor bagi kawasan yang berisiko tinggi.

      4. KAWALAN PENYAKIT JAPANESE ENCEPHALITIS

  • epidemiologi bagi memastikan semua kes viral encephalitis diperiksa untuk Japanese encephalitis dan notifikasi yang cepat.
  • Pengawasan entomologi melaluii kajian taburan vektor dan mengenalpasti kepadatan vektor di kawasan berisiko tinggi

      5.KAWALAN PENYAKIT DEMAM KUNING (YELLOW FEVER)

  • Pengesanan rapi nyamuk di lapangan terbang/pelabuhan.
  • Pemusnahan serangga di dalam pesawat terbang untuk mencegah nyamuk Aedes dibawa dari Negara lain.
  • Mengesan dan kuarantin pelawat-pelawat dari negara-negara berendemik demam kuning yang tidak mematuhi peraturan-peraturan kesihatan antarabangsa (demam kuning).

     6.KAWALAN PENYAKIT HAWAR

  • Menjalankan kajian/pemeriksaan tikus di pelabuhan/lapangan terbang untuk mendapatkan index vektor penyakit hawar (Xenopsylla cheopis).
  • Menghapuskan vektor hawar (rat flea) jika ditemui.

     7.KAWALAN PENYAKIT TIFUS

  • Pengawasan penyakit tifus dan penentuan kawasan endemisiti.