|
Program Pencegahan dan kawalan HIV/STI/Hep. C merupakan salah satu program di bawah kawalan penyakit berjangkit dengan matlamat untuk mencegah transmisi penyakit HIV, mengurangkan morbiditi dan mortaliti akibat jangikitan HIV dan mengurangkan impak penularan HIV/STI/Hep. C ke atas individu, keluarga, komuniti dan negara. Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras, menyelia dan menilai program pencegahan dan kawalan HIV/STI/Hep. C bagi peringkat negeri dan mengemukakan maklum balas ke peringkat kebangsaan. Unit ini juga mengawalselia pelaksanaan program, dasar, polisi berkaitan Program Kawalan dan Pencegahan HIV, STI dan Hepatitis C di Negeri Pulau Pinang melibatkan fasiliti kesihatan kerajaan (klinik kesihatan, KKIA, klinik desa, hospital) dan swasta serta program di lapangan bersama komuniti termasuk NGO dan agensi lain bagi memastikan perkhidmatan kesihatan komprehensif dan berkualiti disediakan seterusnya mewujudkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat sejahtera
|