Cawangan Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar (KPAS) di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) adalah satu cawangan yang diletakkan di bawah penyeliaan Bahagian Kesihatan Awam. Cawangan ini mengendalikan 2 program utama iaitu Program Kesihatan Pekerjaan dan Program Kesihatan Persekitaran. Selain itu, Program KOSPEN PLUS agensi-agensi luar serta anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga diletakkan di bawah pengurusan Cawangan KPAS. Cawangan KPAS JKNPP juga menjalankan kursus-kursus bagi anggota-anggota di lapangan dalam memantapkan pengurusan dan meningkatkan pencapaian program-program tersebut. 

 

AKTIVITI/ SKOP UTAMA:

a. Surveillance Kemalangan Dan Kecederaan Anggota KKM

b. Surveillance Kecederaan Akibat Tertusuk Jarum Dan Peralatan Tajam

c. Surveillance Penyakit Paru-paru Anggota KKM

d. Surveillance Anggota Kawalan Vektor

e. Program Saringan Tuberkulosis Anggota Berisiko

f. Program Saringan dan Immunisasi Hepatitis B Anggota Berisiko

g. Penubuhan dan penyeliaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di fasilitifasiliti JKNPP

h. Kes Kekerasan Terhadap Anggota